10 September, 2009

InsyaAllah saya redha..

Saya masih di pejabat. Masih menunggu teman untuk balik. Kalau tidak, saya kena jalan sorang-sorang ke stesyen LRT. Tak beranilah dah malam-malam camni. Saya rasa dah ok berbanding petang tadi. Dah boleh terima hakikat kehilangan duit tu. Dah tahu mana nak korek nak gantikan RM2K yang kena curi tu. Walaupun diumpamakan macam korek lubang baru untuk tutup lubang lama. Tapi, jauh lebih baik dari tak ada. Doakan lah murah rezeki untuk kami. Kalau tak untuk kami suami isteri pun, untuk budak-budak berdua tu.

Macam nilah agaknya perasaan orang susah. Yang tak berganti pakaian pun untuk sambut raya. Anak-anak tentu merengek nak baju baru tapi, macam mana nak sediakan kalau perut mereka pun kadang-kadang berisi kadang-kadang tak? Tentu pedihnya hati lebih menusuk dari apa yang saya rasa sekarang.

Saya ambil ikhtibar dari apa yang berlaku ni. Kami pun banyak buat silap, lebih baik dapat peringatan sekarang dari membiarkan kami terus alpa.

Semoga hati kami tak dipesongkan dari rasa redha ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails