03 September, 2009

Jemputan berbuka

Semalam saya berbuka kat hotel Istana Kuda-kuda Emas. X-bos company lama belanja. Entah mimpi apa ajak saya tahun ni. Tahun lepas tak de pulak. Nak jadi cerita, semalam saya tak boleh balik cepat. Pukul 6.50 petang baru keluar dari pejabat. Jalan Tun Razak sesak tak hengat punya. Bajet kol 8 baru boleh sampai. Dahla lupa nak bawak apa-apa untuk buka dalam kereta (saya drive). Nak cepat punya pasal, masuk terowong cakap-je-lebih-tapi-tak-berapa SMA.RT. Nasib masa balik tak sesak langsung. Kalau pagi… jangan citer… Lepas terowong, jalan pun lancer jer. Sempatlah saya sampai 5 minit lepas orang berbuka.

Saya pernah buka tempat yang sama 2 tahun lepas. Kali ni tak ramai orang. Dari segi makanan, pada tekak saya, tak de lah sedap mana. Kiranya kalau kena keluar duit poket sendiri RM80++, kirim salam jelah. Makanan yang boleh saya sumbat dalam perut saya ni pun tak sampai sebanyak tu nilainya.

Kemudahan surau boleh tahan. Telekung awam pun banyak disediakan. Cuma kebersihan telekung tu tak setanding bintang hotel. Entah berapa lama diaorang ni tak basuh. Saya pulak dek kerana nak cepat, tertinggal telekung kat pejabat. Terpaksalah tahan jer la bau.

Saya kena gi meeting kat Shah Alam.. Bye…

No comments:

Related Posts with Thumbnails