30 September, 2009

Kita tengok siapa yang kena!

Seperti yang telah saya cuit sedikit ceritanya awal pagi Ahad lepas, petang tu kami anak-beranak memulakan perjalanan ke Mid Valley dalam memenuhi misi mem'prank'kan kawan baik kami; ER. Entah kenapa, tahun ni semuanya dapat kejutan hari lahir. Bermula dengan Mr. Hubby... dan diikuti dengan AK. Lepas tu menyusul pula FJ dan yang terkini ER *membuatkan saya seram sejuk memikirkan apakah kejutan yang bakal dikenakan pada saya bulan Oktober nanti*. Setelah berminggu-minggu dirancang *ayat poyo nih* kami sepakat memilih Mid Valley sebagai saksi betapa terkejut beruknya ER nanti.

Wajah-wajah teruja

Berangkatlah kami anak-beranak menaiki komuter dari stesyen Serdang. Wah… Muqry ngan Nuryn teruja betul. Kiranya inilah kali pertama mereka dibawa naik keretapi. Sebelum ni tengok Ibu saja turun naik lrt. Komuter memang penuh tapi sebab membawa anak kecil *hehe*, ada je yang bermurah hati berikan tempat duduk pada Muqry dan Nuryn. Disebabkan punggung 2 anak kecil tu bukanlah besar mana, Ibu diaorang pun tumpangla duduk sekali.

Nuryn yang pandai bergaya

Sebaik sampai ke Mid Valley, kami dan FJ terus beli kek dan menuju ke lokasi kejutan, Dominos. Tugas membawa ER ke Dominos diserahkan pada AK. Disebabkan lilin yang nak dinyalakan ada 11 batang, saya, Hubby dan FJ bersedia dengan lighter masing-masing. Teruja ni nak nyalakan lilin sebab tak naklah bila ER nampak kami, lilin pun tak habis pasang lagi. Bila dapat jer signal dari AK yang memberitahu diaorang cuma 10 langkah jer dari Dominos, kami pun cepat-cepat pasang lilin. Tunggu punya tunggu, lilin pun dah cair menitik-nitik, bayang pun tak nampak. Banyaklah diaorang punya 10 langkah. Lebih kurang dalam kiraan 100 langkah barulah ER dan AK sampai. Hehe.. memang terkejutla ER dengan surprise b’day party tu. Suka tak??

Muqry yang comot

Aduhai.. lihatlah muncung anak dara saya tu

Lepas acara makan-makan, kami bawa anak-anak beronggeng ke MPH pula. Muqry & Nuryn memang suka buku. Tapi tu juga kali pertama saya bawa diaorang gi kedai buku. Kalau kat rumah, memang ada masanya budak berdua tu baca buku sendiri. Tapi dalam bahasa Jerman lah. Haha.. Bukan Muqry dan Nuryn je yang teruja tengok buku, Ibu diaorang lagi over! Tapi saya berjaya menahan nafsu dari membeli buku saya. Sebaliknya, saya belikan 3 buah buku untuk Muqry & Nuryn *kalau ikutkan nak beli baaaaanyak lagi. Nafsu.. nafsu..*. Melihat kesungguhan anak-anak dengan buku, buatkan saya terfikir nak jadikan agenda ke MPH atau perpustakaan sebagai acara bulanan lah.

Apa yang seronok sangat tu Nuryn?

Kami habiskan 'outing' hari tu dengan beraya ke Sungai Penchala pula. Apapun, hari tu memang best!

1 comment:

kita said...

nurryn bila besar mesti mcm muka ko kan???
terutama tang mata....

Related Posts with Thumbnails