17 September, 2009

Serba sederhana

Kalau M-I-O akan beraya dengan ‘wang besar’nya. Sambutan raya saya tahun ni sangat ala kadar. Tiada bonus, tiada angpau raya, nada! Yang ada hanyalah gaji bulan ini yang diawalkan 14 hari. Tidaklah memberi makna yang besar pun sebab kalau habis dibelanja bulan ni, alamatnya bulan depan ikat perutlah kami.

Tahun ni giliran beraya bersama keluarga Hubby. Jadi hari Sabtu kami akan balik ke Hulu Langat. Sampai berapa hari raya di sana saya tak pasti lagi. Lepas tu barulah beraya bersama keluarga saya pula kat Serdang. Tahun ni saya tak balik Batu Pahat sebab bulan Ogos hari tu dah balik untuk Konvo adik saya di UTHM.

Baju raya untuk kami suami isteri hanya sepasang (sebab saya tak sempat jahit yang lain kerana sibuk dengan kerja). Untuk anak-anak dapatlah 2,3 pasang baju baru. Kuih raya masih belum ada sebiji pun. Saya plan nak buat lepas balik dari Langat nanti. Perancangan awal nak buat esok, tapi macam tak sempat jer. Saya masih struggle nak siapkan baju raya saya. Hahaha. Lagipun masih ada nak shopping kasut Nuryn dan tudung saya. Kesian Nuryn, dia hanya ada selipar basahan Ben-10. Sila abaikan pilihan Hubby saya tu ya. Masa tu saya tak ikut dia shopping. Yang lain semua dah tak muat dengan kaki dia yang lebar itu.

Apapun, mewah atau sederhana sambutannya, kita sepatutnya bergembira di hari raya hari yang mulia. Penuh bererti kepada kita, tua muda miskin dan kaya, menyambutnya dengan gembira. Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat tiba. Ucapan selamat hari raya, dari EON untuk semua. Masa ni lah dapat berkumpul semua keluarga besar kami. Dan masa ni juga kami gunakan untuk kunjungi sanak-saudara yang tak berapa rapat. Memang orang kata jumpa setahun sekalilah. Hehehe.

Harap kawan-kawan semua bergembira di hari raya nih. Seperti kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, "hari raya bukan hari sedih".

2 comments:

nonnie78 said...

betul tu.. jgn sedih di hari raya.. tp jgn sampai terlebih gelak pulak, nnt jd lain.. itu kata orang2 tua.. aku sampaikan jer.. hihihih

lia said...

mmg seperti tahun2 sudah... sederha jer & yg penting ikot bajet sendiri... xboley nk ikot org he3...

Related Posts with Thumbnails