10 September, 2009

Tak patut sungguh

Ingat tak saya asyik update pasal kerja je sepanjang minggu lepas, sabtu ahad pun kerja sebab nak submit costing satu projek nih? Semalam dah present costing tu kat Client & Consultants. Nak tahu … pastinya korang pun rasa menggelegak juga. Ada ke patut En. Arkitek dah bagi wrong set of drawings. Tak tahulah nak cakap camne apa yang saya rasa. Dahlah meeting semalam habis 6.15 petang. Kat SA lak tu. Nak balik ke umah bukan dekat.

Sebab layout tak sama, jadinya kena buat semulalah measurement & costing tu. Apalah bodoh tak profesional langsung En. Arkitek tu. Cuba letak date kat setiap drawings. Ha.. letak sekali ini Revision ke berapa. Barulah tak keliru. Yang jadi mangsa siapa, kami jugak…

Isnin depan nak submit revise costing. Bos dah ingatkan semalam, maybe kena kerja jugak hujung minggu nih *ah sudah! Tak siaplah baju raya saya weh*. Tapi rasanya kami nak buat magic sikit untuk memastikan esok dah boleh finalize costing tu. Harharhar…

2 comments:

lia said...

jadi QS mmg kena tahan perit last minute kerja la kan.... smua tang akhir kita ni... klu depa silap, depa slh kan kita biler lambat sbb kerja d tgn kita masa 2... alahai...

me_czar said...

Ya Lia... itu sangat betul! Tapi kita yang pilih jalan ini (masa tu mana tahu kerja teruk camni. hehe)

Related Posts with Thumbnails