10 September, 2009

Update tentang baju raya

Setakat hari ni, progress pembuatan baju raya adalah seperti berikut:

Baju Nuryn – Beres *itupun ibu saya yang tolong kelimkan tangan & bawah baju*. Tinggal jahit butang

Kain Nuryn – Lepas sahur tadi sambung jahit. Tinggal pasang getah

Baju Muqry – Leher dah tebuk, rehat tengahari nanti nak selesaikan. Poket baru selesai jelujur 1 jer. Serius susah nak mengerjakan tang corner poket rupanya.

Seluar Muqry – Tinggal kelim yang bawah. Susah sungguh nak suruh Muqry try. Tak pasti banyak mana nak kelim

Baju saya – Belum buat apa-apa langsung.

Kain saya – Dah kelim bawah dan cantum. Zip belum pasang

Saya terpaksa sangat positif boleh siapkan sebelum raya nih. Tapi yang lain-lain tu, jadi baju raya haji lah gamaknya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails