01 October, 2009

Aku kan abang adik

Adegan abang menyakat adik dan ungkapan dialong “aku kan abang” nampaknya dah tak relevan lagi. Dalam kes Muqry dan Nuryn, adik lagi galak menyakat abang sekarang nih. Puas hati Nuryn agaknya kalau Muqry menangis.

Kes pertama
Muqry nak tengok getah rambut yang Nuryn pakai kat pergelangan tangan. Nuryn seboleh-bolehnya nak sorok tangan dia tu. Padahal apalah salahnya tunjuk, Abang cuma nak tengok jer. Lagi Abang mintak tengok, lagi dia sorok. Terpaksa Ibu campur tangan baru selesai.

Kes kedua
Nuryn koyakkan buku Muqry. Abahnya pun tegurlah kenapa koyak buku Abang, jangan buat lagi dan Abah suruh turun bawah kalau tak nak dengar cakap Abah *sebenarnya masa tu dah sampai waktu makan*. Boleh Nuryn sambil turun bawah, ketawa-ketawa dan cakap “Abang tak boleh baca buku lagi”. Alahai.. anak.. anak…

Kes ketiga
Nuryn menangis sambil cakap “Abang buat”. Nak tahu apa jawabnya bila Ibu tanya kenapa? “Abang cubit baju adik”. La.. bukan dia yang sakit. Nangis je yang lebih sampai meleleh-leleh air mata. Sajalah tu nak suruh Ibu marah Abang agaknya.

Macam tu la dua beradik tu sekarang. Kalau tak kena masa, pantang terkena sikit pun boleh jadi punca bergaduh. Siap cubit mencubit. Tapi kalau masa baik, boleh duduk baca buku atau main sama-sama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails