30 October, 2009

Bye bye diaper

Saya sibuk sangat sejak kebelakangan ini.  Jadinya, tak dapat nak bercerita panjang disini.  Kalau ada pun update, tersangatlah ringkas dan ayatnya pun pendek-pendek *bila saya baca semula post saya yang lepas-lepas, ada antaranya sangat irritating sebab ayatnya pendek-pendek.  Mintak maaflah ya*

Semalam genap umur Nuryn 2 tahun 2 bulan.  Sudah beberapa minggu melalui siang hari tanpa diaper *wink*.  Masa mula-mula nak potty train, maid saya asyiklah cakap tak boleh. Menurut maid saya yang tak berapa rajin tu, Nuryn mesti nangis tiap kali bawa ke toilet dalam sela masa sejam sekali.  Tapi, kalau hujung minggu dengan kami, elok jer tak pakai diaper.

Jadi saya insist juga Nuryn tak perlu pakai diaper lagi.  Kalau Nuryn lupa nak cakap, biarlah bibik lap jer apa yang dia tercicir tu.  Bukan sibuk sangat pun bibik kat umah kalau boleh baring-baring silang kaki dalam bilik.  Jadinya, sekarang nak pee atau poo, Nuryn dah boleh minta ke toilet.

Mulai dari malam Isnin, kami cuba pulak tak pakaikan diaper untuk tidur malam.  Sebelum tidur saya pastikan dia pergi membuang segala yang patut dulu.  Ada beberapa kali yang dia tersedar nak bf, dia mintak gi toilet.  Tapi malam tadi, boleh pulak terbabas dalam tidur.  Sedap je Nuryn tidur dalam basah-basah tu.  Nasib baik instead of tidur sekali dengan saya atas katil, kami dah mula bentangkan toto untuk Nuryn belajar tidur sendiri, tak ada masalahlah nak basuh toto tu dalam mesin basuh. 

Jadi dengan rasminya Nuryn tanpa diaper, saya ada lebih kurang 20 keping CD (cloth diaper) yang masih tak tentu lagi nasibnya sama ada nak di let go dengan harga berpatutan atau simpan masuk kotak.   What say u?

4 comments:

:: s o l :: said...

nak nak! hehehe..
dah lama nk ber-cd xlepas2 huhuhu..

Zety Zin said...

nak let go pun ok gak. boleh saya beli *wink wink*

awal betul nuryn dah toilet train. bagus!

imran gak masih belum lepas lagi. sanggup dia diamkan aje lepas dia poo-poo. haih.

nOnnie_cyg said...

nak juga ye nak let go.. simpan tuk adik nuryn pun boleh jer tu.. hihihi..

- nonnie78-
** ku sign pakai gmail sbb tenet probs jer skang ni...

me_czar said...

Belum discuss ngan cik abang.
Rasa macam nak jual *sebab nak beli yang brand lain lak*.
Tapi, macam sayang juga. Takut tak ada bajet nak sambar cd baru bila tiba masanya *sbb nak FS juga!*.
Hehe

Related Posts with Thumbnails