26 October, 2009

Kejutan demi kejutan

Sangat banyak kejutan yang saya terima untuk hari lahir ke 29 yang lalu...
  • Kejutan dari Hubby, kawan-kawan baik, AK & ER
  • Kejutan dari HR Manager
  • Kejutan dari kawan-kawan di pejabat
Tepat jam 10.45 malam, 22 Oktober 2009, saya dikejutkan dengan nyanyian lagu "happy birthday".  Masa tu saya kat dapur tengah buat susu Muqry.  Dahla tak mandi lagi, dengan muka macam dilumur minyak. Nasib baik kat dapur, sempatlah saya pi cuci muka dulu. Hahaha..  Terpaksa dibuat awal sebab tak daya nak tunggu sampai tengah malam. Lagipun esoknya tu kan hari kerja.  Nak buat Jumaat malam tu lak, AK & ER tak dapat datang.  Sebenarnya saya dah tahu Hubby ada plan something untuk birthday saya.  Kahkahkah.  Sebabnya ada sekali masa dia dok beremel ngan AK & ER, saya betul-betul ada kat belakang dia.  Cuma saya tak sangka awal sehari.

Esoknya di pejabat, ada lah beberapa orang yang wish.  Tengahari tu GM belanja makan satu department.  Ada yang usik-usik sebab birthday saya, GM belanja makan.  Tapi, kami juga ada dapat projek baru.  Mungkin juga sebab tu.

Lepas lunch, HR Manager panggil saya masuk bilik.  Macam dah agak pasal apa.  Pasal itu atau pasal lain?  Bulan ni ada juga hari saya yang saya terlewat.  Atau mungkin HR sudah kepochi check siapa yang kerap guna internet.  Tapi saya memang limitkan penggunaan waktu lunch dan balik jer.  Berdebar gak masuk bilik HR Manager tu.  Rupa-rupanya...

"Congratulation.  You are promoted".  

Gulp. Tak sangka pulak dipanggil untuk itu.  Alhamdulillah, dapatlah naik gaji sikit dan dapat beberapa elaun.  Terbayang tangung jawab saya lepas ni.  Tentu makin bertambah, tentu makin berat.  Saya kena mula ikut buat perancangan.  Banyak yang perlu saya perbaiki.. pengurusan masa, kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, pemikiran kreatif.  Ah.. banyak lagi lah.  Serius takut.  Tapi apa pun, terasa sangat berbaloi kerja macam tuttt sejak bulan puasa hari tu.

Tak lama lepas keluar dari bilik HR Manager, dikejutkan dengan sebiji kek Resepi Rahsia.  Aduhai... kawan-kawan pejabat buat kejutan lak.  Malu weh...  Dah lama tak celebrate birthday dengan orang lain selain keluarga dan kawan rapat.  Tak sangka walaupun jadi perempuan melayu terakhir di seksyen ni, masih ada yang hargai kehadiran saya.

Pendek kata, tahun ni paling banyak kejutan sekali.  Dan ujian yang saya hadapi beberapa bulan ni, rupanya dibalas dengan rezeki.  Memang bersyukur sangat.  Janganlah saya lupa hakikat diri lepas nih.  Doakan saya berjaya galas tanggung jawab baru ya!

4 comments:

lia said...

hepi belated besday...

tang promoted tu xtahan ;p tahniah...

mirah said...

selamat ulangtahun ke 29 myza..
moga terus dalam rahmat Allah sentiasa.. :)

m-i-o said...

wah, tahniah! murah rezeki:) aku tumpang gembira!

aku paling seronok bila dengar org melayu in chinese-working-environment dapat membuktikan pencapaian yg baik DAN diberikan tempat yg sewajarnya. aku sebenarnya dah letih tengok sparring partner yg kejenya asik tido berdengkur je ni - nak aku debik, berat dia 95kg - haruslah aku kalah kannn....

anyway, good luck! aku tengok ko, bahu aku pulak yg terasa berat. seriously, kalau aku - aku tak sanggup. gaji aku tak tolak, tapi masa kerja tetapppp isnin sampai jumaat, 8.30-6ptg. kahkahkah!

:: s o l :: said...

tahniah!!! murah rezki myza & keluarga.. ;) rezki lebey boley blanje kawan ni wakakaka.. ;p

gud luck with ur new responsibility!!

Related Posts with Thumbnails