17 October, 2009

Kerja gila

Ketika ini jam 2.18 pagi. Tadi saya balik kerja pukul 11 malam dan masih belum tidur sampai sekarang. Sambung buat kerja kat rumah pula.

Apsal saya gila bersemangat sangat buat kerja pagi-pagi buta nih? Tak reti penat ke apa? Sebabnya.... pagi nanti hari pertama Nuryn sekolah *playschool.. wink*. Saya kena keja patutnya nanti. Tapi, saya bertegas nak datang lambat sebab nak hantar Nuryn dulu sebelum masuk kerja. Jadi, sepatutnya mula kerja pukul 9 pagi, saya hanya akan sampai kira-kira 1 petang. Kiranya mintak excuse untuk 4 jam lah ni.

Bos tak bagi tapi kalau degil jugak, lantak kome la.. Yang penting pukul 12 tenghari Ahad, semua taking-off nak kena submit pada dia. Jadi, saya ambil langkah berjaga-jaga, buat seberapa yang saya mampu hari ni. Kalau saya dapat siapkan semua malam nanti, syukur sangat-sangat. Tidaklah rasa bersalah atau kena marah sebab datang kerja lambat.

Takkanlah saya tak bawa Nuryn gi school... Hubby pun tak dapat hantar dia esok. Dah cerita-cerita kat Nuryn nanti nak gi school, tetiba tak jadi lak. Teruja tau anak nak sekolah. Pasti saya sedih kalau tak dapat hantar. Minggu depan entah-entah kerja juga. Jadi, kalau boleh biarlah hari pertama, saya dapat ikut serta.

No comments:

Related Posts with Thumbnails