18 October, 2009

Ngantuknya.....

Alangkah indahnya kalau ketika ini dapat tidur-tiduran kat rumah.  Tapi apakan daya, ada di pejabat pula.  Semalam dan hari ni saya kerja.  Dah sampai tahap immune, kerja hujung minggu pun dah tak ada perasaan.  Cuma badan & otak rasa letih dan mata terasa berat juga sekarang.

Lepas finalize saja costing ni saya rasa macam nak ambil cuti 2, 3 hari.  Lantaklah dengan kerja lain yang menunggu.  Hari ni dah 18hb kan?  Hmm… 17 hari punch card saya bertanda.  Entah kemana ‘hilangnya’ cuti hujung mingu saya.  Masih tak layak lagi ke saya amek cuti rehatkan diri???

No comments:

Related Posts with Thumbnails