23 October, 2009

Only RM5.00 and you'll be wiser...

Hehe.. saja nak bikin gempak tajuk saja..

Apa yang saya nak cerita, hari Rabu lepas dalam perjalanan balik saya sengaja nak tengok ternampak jualan yang dibuat Big Book Shop. Banyak buku dari serendah RM3.00 hingga semahal RM50.00 dan ke atas. Memang banyak pilihan buku pada harga runtuh, cuma duitnya je yang tak berapa nak ada dihujung-hujung bulan begini.

Jeling menjeling bahagian buku murah-murah, terpandang buku ni “The 10-Second Wisdom Book” oleh Dr. Low Guat Tin, seorang ahli akademik dari Kota Singa. Macam menarik isinya, tak mahu fikir panjang terus ambil. Alah RM5.00 je pun. Tutup mata je beli. Hehe… berlagak. Nanti saya kongsi quote menarik dalam buku tu ya. Sebagai permulaan…

No comments:

Related Posts with Thumbnails