13 October, 2009

Penyebab

“Tenenenet, tenenenet, tenenenet”. Adoi alarm nih, memekak la pulak. Berpisat punya berpisat, hambek ko… saya terlewat bangun. Melompat bangun dari katil, mandi basah rambut, pilih baju dan tudung apa nak pakai. Okeh, baju bertuah hari ni ialah baju kurung kuning dengan padanan tudung oren. “Bibik, tolong gosok tudung nih”.

Lepas turun bawah hantar tudung kat bibik, saya naik balik untuk bersiap. Inilah yang letihnya rumah bertangga nih.

Alamak, baju pun nak kena iron sikit lah. Turun bawah balik… “Bibik, gosok sikit baju nih, tempat ada garisan tu”. Tak kuasa nak naik atas semula, saya gi dapur panaskan lebihan pizza malam tadi. Rasa macam dah lama bibik menggosok, saya jenguk dia kat bilik. Haih, saya suruh gosok untuk hilangkan garisan sikit jer, tapi dia gosok semua. Saya ke yang tak pandai beri arahan, atau dia yang tuli, tak mendengar kata. Dalam pada dia, menggosok, dia cakap “berlubang sikitlah kat tangan ni”.

“Macam mana ni bibik!!!!???? Panas sangat ke iron?”. Apa kejadahnya nak gosok lagi kalau dah berlubang? Nak suruh saya pakai baju berlubang gi kerja? Bukan nak terus bagitau, pegi sambung gosok baju tu buat apa!

Ah, tertekan betul. Dahla baju baru, kain elok lak tu. Terpaksa saya naik atas cari baju lain yang boleh dipadankan dengan tudung oren. Sudahnya, pakai je lah baju lama. Ada mesyuarat dengan klien pulak hari nih. Lantaklah labu….

Itulah penyebabnya saya lambat 9 minit hari ni. Tercalar mood saya. Agak-agak bos simpati tak dengan cerita saya. Eleh… kalau saya boleh balik kol 11, malam tadi, tak kan lambat 9 minit pun ko nak berkira.

4 comments:

m-i-o said...

kalo aku cakap, ko jgn kecik ati yea...tp aku nk cakap jugak demi kebaikan. eheh :P

aku rasa bibik ko memang sengal.

ingat tak masa ko tegur dia,

"carik apa tu bik?" yg dia gi keluar ke porch tu...

aku tak berapa dengar apa yg dia jawab, tp aku nampak dia menjeling tajam. adoi! terpanah mak ni oiii...tp dia jeling kat ko la, bukan kat aku.

mesti ko rasa macam nak belasah dia kan? tp aku harap ko sabar. takut nanti dia gi belasah anak ko pulak. eeee, mintak dijauhkan!

eh, takleh mintak tukar bibik lain ke?

hubby said...

mio, pinjam rm3000, nak tukar bibik laen...huhu

~IZZAH~ said...

bibik oh bibik... kenapa dengan kamu kok sampai lubang baju mam kamu... waduh..

Ayile said...

kuat mengelamun....

Related Posts with Thumbnails