06 October, 2009

Selagi belum tutup mata...

… kerja, kerja, kerja!

Hmmm… agak lama juga saya tak mencurah rasa di sini. Sebabnya, saya sibuk yang amat. Dari Khamis minggu lepas sampai hari ni tak berhenti kerja. Hari Khamis tu, balik pukul 10 malam. Jumaat lak balik sebelum pukul 7 sebab orang-orang kat office ni gi karaoke. Tak kuasa saya nak ikut. Baik saya habiskan masa berkualiti dengan anak-anak dan suami. Lagipun saya tak pandai nyanyi tak tergamak rasanya saya nak melontarkan suara saya yang lemak merdu ni kat khalayak. Takut nanti ada yang terhegeh nak saya sign recording contract ngan diaorang. Kahkahkah..

Hari Sabtu, ketika Hubby dan anak-anak menikmati briyani kambing di rumah terbuka, saya pula makan sekadar-mengisi-perut-kosong mee goreng mamak di pejabat. Wah.. sudah jadi ala-ala workaholic rupanya saya nih. Sabtu & Ahad pun kerja sampai pukul 8 malam. Apa nak buat, selagi makan gaji, macam ni lah. Kerja, kerja, kerja. Bunyinya macam masyuk kan. Tapi sesungguhnya, saya hanya boleh claim RM10.00 sahaja jika kerja lebih pukul 7 malam setiap hari. Tak kira berapa jam, RM10.00 tu saja yang boleh claim sebagai meal allowance. Kalau sampai lebih 12 tengah malam, dapat lagi extra RM15.00.

Itu hari biasa, kalau hari Sabtu & Ahad, setiap 4 jam pertama RM5 dan 4 jam berikutnya, tambahan lagi RM10. Kalau kerja 6/7 jam jer, jangan harap nak dapat claim penuh RM15.00. Sebab tu kami cukupkan juga 8 jam.

Semalam seharian saya keluar untuk mesyuarat. Pejabat-Shah Alam-Sri Hartamas-Pejabat-Plaza Sentral. Fuh.. walaupun bukan saya yang memandu, penat juga turun naik kereta dalam cuaca panas. Dalam salah satu meeting semalam, kami diberi satu lagi task mencabar.

“Your dateline to submit the costing is next Monday”.

Ha.. bunyi macam tak teruk sangat kan. Ada 7 hari (termasuk hujung minggu) lagi sampai tarikh submission. Bunyi saja… tapi yang sebenarnya, drawings untuk kami buat costing hanya akan masuk hari Khamis dan Jumaat. Tak hazab nak siapkan costing dalam masa 3 hari? Ini bukan projek main-main. Kosnya mencecah ratus juta. Debat punya debat, kami dapat lanjutan masa sampai pukul 11 pagi hari Selasa. Jadinya, saya perlu bekerja lagi hujung minggu ini. Sekali lagi, tak dapat memenuhi undangan rumah terbuka. Isk, rugi.. rugi..

Semoga saya diberi kesihatan fizikal dan mental. Masih cuba mengikhlaskan diri dan menetapkan nawaitu supaya akhirnya, penat lelah dan sakit otak saya mendapat imbuhan seadanya. Kerja itu juga ibadah, bukan?


1 comment:

kita said...

tahap kesabaran ko tinggi
kalau kita??
mmmm..tahap kesabaran ne mcm nipis kulit bawang
nak keja lebih??? bayarlah!!!
erkkkkkkkk tapi kita dah rasa masa bujang2 keja sampai kurus tapi tak dapat claim apa pun.......
ke sana sini usung beg kalah pramugari
keja luar lagi keluar duit adalah.....

sekarang no way ye
kalau keja lebih paling tidak kita nak claim cuti sbb yg lain tak boleh claim hehe

Related Posts with Thumbnails