13 November, 2009

Apakah episiotomi?

Dari membiarkan blog ini terus sepi seperti rumah tanpa penghuni, saya kongsikan di sini info yang saya dapat dari emel yang dipanjangkan.

Tak pula disertakan dari mana sumber artikel ini. Sekadar pembacaan saja ya. Kalau nak kan kepastian, silalah tanya Puan Doktor.


Apakah episiotomi?




Episiotomi adalah insisi dari perineum untuk memudahkan persalinan dan mencegah ruptur perinii totalis (Bagian Obsgyn, UNPAD). Sedangkan menurut Harry Oxorn (1996), Episiotomi adalah insisi perinium untuk memperlebar ruang pada lubang keluar jalan lahir sehingga memudahkan kelahiran bayi.


Jenis–jenis episiotomi



  1. Episiotomi Medialis adalah yang dibuat di garis tengah.
  2. Episiotomi Mediolateralis dari garis tengah ke samping menjauhi anus.
  3. Episiotomi Lateralis 1-2 cm diatas commisuro posterior ke samping.
  4. Episiotomi Sekunder adalah ruptur perinii yang spontan atau episiotomi medialis yang melebar sehingga dimungkinkan menjadi ruptura perinii totalis maka digunting ke samping.


Fungsi Episiotomi

  1. Episiotomi membuat luka yang lurus dengan pinggir yang tajam, sedangkan ruptura perinii yang spontan bersifat luka koyak dengan dinding luka bergerigi.

  2. Luka lurus dan tajam lebih mudah dijahit.

  3. Mengurangi tekanan kepala bayi.

  4. Mempersingkat kala II.

  5. Mengurangi kemungkinan terjadinya ruptura perinium totalis.


Keuntungan dan kerugian dari episiotomi

  1. Episiotomi Medialis : mudah dijahit, anatomi maupun fungsionil sembuh dengan baik, nyeri masa nifas ringan, dapat menjadi ruptur perinii totalis.

  2. Episiotomi Mediolateralis : Lebih sulit dalam penjahitan, anatomi maupun fungsionil penyembuhan kurang sempurna, nyeri pada hari-hari pertama nifas, jarang menjadi ruptura perinii.


Antara perkara yang perlu diperhatikan selepas melahirkan adalah guntingan perineum atau lebih dikenali sebagai episiotomi. Sekiranya tidak dijaga dengan teliti, episiotomi boleh terbuka semula. Sebenarnya episiotomi tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya ke atas semua ibu bersalin.

Guntingan ini hanya akan dilakukan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. Namun, bagi kebanyakan kes kelahiran pertama, episiotomi kebiasannya adalah perlu. Hal ini dilakukan dengan alasan, bahagian perineum ibu masih ketat dan perlu digunting bagi memudahkan kelahiran.

Bagi kes-kes lain pula, episiotomi akan djalankan bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu. Lazimnya, doktor akan bertindak untuk melakukan episiotomi sekiranya :

1 – Saiz bayi besar

Keadaan sebegini tentu sekali akan memaksa doktor untuk melakukan guntingan perineum. Lebih-lebih lagi jika kepala bayui sudah hampir keluar. Dengan melakukan episiotomi, proses kelahiran dapat berjalan dengan lebih lancar.

2 – Posisi kepala bayi

Dalam kelahiran normal, kepala bayi seharusnya ke bawah occipito anterior (OA) dan diameter keluasan perineum biasanya sekitar 9.5cm.
occipito anterior

Namun, jika bahagian muka bayi ke atas dalam posisi occopito posperrior (OP), maka keadaan ini memerlukan episiotomi kerana bayi memerlukan ruang yang lebih luas sebelum boleh dikeluarkan. Jika posisi bayi ialah OP, maka diameter perineum boleh mencecah hingga 13cm.



occopito posperrior

Oleh kerana itulah, ia menyukarkan bayi untuk keluar dan episiotomi adalah jalan penyelesaian terbaik.

3 – Penggunaan alat bantuan kelahiran

Sekiranya kelahiran perlu dibantu dengan menggunakan instrumen bantuan kelahiran seperti forsep dan vakum, maka episiotomi adalah perlu memandangkan alat-alat tersebut memerlukan ruang yang lebih besar untuk dimasukkan.


Cara mengelakkan episiotomi

Bagi mengelakkan episiotomi, ada beberapa langkah yang biasanya dilakukan oleh doktor. Langkah yang dimaksudkan ialah :

  1. Doktor melakukan rengangan di bahagian perineum untuk melembutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tangan. Langkah ini biasanya dilakukan ketika waktu bayi hampir dilahirkan.

  2. Pad khas diletakkan di bahagian perineum. Pad sebegini dapat menyokong perineum dan diakui dapat menghalang perineum daripada koyak.

Biarpun bukan semua ibu hamil perlu melalui episiotomi, namun ada juga yang perlu melalui pengalaman ini. Bagi anda yang telah menjalaninya, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati agar jahitan berkenaan tidak terkoyak semula. Perlu anda ketahui, kebiasaannya jahitan luka episiotomi memakan masa untuk sembuh, paling maksimum 14 hari. Sementara itu, sepanjang tempoh hari ke 7 hingga hari ke 14, anda perlu lebih berhati-hati dan teliti dalam menjaga kebersihan alat sulit.

Sebaik-baiknya, setiap kali menggunakan tandas, anda perlu mencuci bahagian alat sulit menggunakan air yang secukupnya di samping menggunakan antiseptik yang bersesuaian. Selain daripada itu, bahagian tersebut perlu dicuci bermula daripada bahagian depan, kemudian barulah ke belakang.

Antara lainnya, anda turut boleh melakukan sitz bath bagi mengelakkan bahagian alat sulit membengkak. Hal ini dapat anda lakukan dengan berendam di dalam tab yang mengandungi air garam. Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan sebarang jenis antiseptik. Dengan melakukan amalan ini, ia dapat memberi kesan yang melegakan. Lebih daripada itu, amalan sitz bath dapat memberi keselesaan kepada perineum.


Undang jangkitan

Dalam kes terpencil, jahitan boleh terbuka semula. Sekiranya hal ini berlaku, anda perlu segera berjumpa dengan doktor. Dalam kebanyakan kes, biasanya doktor tidak perlu melakukan apa-apa sekiranya kes jahitan terbuka semula berlaku selepas tempoh tujuh hari. Hal ini kerana kebiasaannya, bahagian yang dijahit sudahpun bercantum semula.

Walau bagaimanapun, jika masalah ini berlaku selepas sehari dua anda selamat melahirkan, ia memerlukan perhatian sewajarnya daripada doktor kerana bahagian berkenaan perlu dijahit semula. Sungguhpun begitu, keadaan ini akan tambah merumitkan kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman.


Tips penjagaan episiotomi

  1. Selagi jahitan belum sembuh, jangan sesekali membawa atau mengangkat barang-barang yang berat

  2. Jangan membiarkan diri terlalu stres. Jadi, banyakkan berehat.

  3. Meminimumkan pergerakan perineum.

  4. Minum air secukupnya kerana ia sangat penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

  5. Elakkan diri daripada dijangkiti UTI, memandangkan jarak bahagian uretra dan perineum hanyalah 3 - 4 cm. Langkah ini perlu kerana UTI dapat menggalakkan jangkitan kuman.

  6. Bagi pesakit diabetes, anda perlukan jagaan rapi dan perlu mengawal tahap gula dengan sebaik-baiknya. Jika tahap gula tinggi pada tempoh penyembuhan, luka berkenaan sukar untuk dipulihkan.



3 comments:

mirah said...

myza, bila tgk gambar tu rasa ngeri pula. Pdahal dah beranak dua. Heheh..

me_czar said...

Lagipun masa mengalami dulu, tak ingat pun sakitnya. Cuma nak cepat-cepat deliver je. Kan?

:: s o l :: said...

tgk macam seram tapi czer lagik seram. uhuhuhu..

Related Posts with Thumbnails