20 November, 2009

Jom kita!

Menjelang hujung tahun ni, pasti ramai yang tersenyum-senyum bahagia, berangan-angan, tekan-tekan calculator. Kenapa? Naik pelamin? Betul juga… tapi ada satu lagi yang biasanya berlaku. Apa lagi kalau bukan bonus hujung tahun *owh… tapi saya dah 5 tahun tak merasa bonus walau RM10 pun. Huhu. Rindunya perasaan tu*.

Biasanya apa yang anda buat dengan duit bonus ya? Belanja sebahagiannya untuk YES yang akan berakhir 4 January 2010? Sangat kedekut simpan semuanya? Wah, tentu macam-macam perancangan anda kan?

Tapi saya pasti mesti ramai juga yang terasa nak buat amal jariah. Mana duit yang terlebih tu, teringin juga nak dikongsi dengan orang yang memerlukan. Betul tak? Tapi bila tak tahu saluran mana nak diguna, usaha tu jadi terbantut.

Jom kita jenguk sini. Mulia sungguh usaha saudara/i ni; seorang sukarelawan dari Muslim Aid Asia senaraikan Rumah Anak-anak Yatim/Fakir seluruh Malaysia. Siap ada disertakan nombor dan alamat untuk dihubungi. Apa lagi, sudi-sudilah jenguk apa yang kita boleh bantu.

1 comment:

Zety Zin said...

plan saya? bayar hutang. huhu.

Related Posts with Thumbnails