26 November, 2009

Kerja gila

Entry ni sepatutnya saya post malam tadi, tapi suddenly tak ada connection

Saya bersiaran secara langsung dari Mi.nes dengan menggunakan free wi.fi Kopi Putih Bandar Lama. Tujuan asalnya datang sini lepas seminar tadi sebab nak cari baju untuk kenduri kawen kawan2 baik saya AK & ER. Bukan saja nak beli baju baru, tapi bila bukak gerobok, baju yang elok2 untuk dipakai gi kenduri, nada, yillek. Baju kerja adalah. Sebabnya, bibik dah rosakkan beberapa baju saya yang agak baru & saya pun tak sempat nak alter.

Saje bagi cadangan kat hubby tadi, apa kata kita gi tengok dah alang2 sampai sini. Lagipun hari Rabu, tiketnya RM6 jer.  Sementara saya pilih baju, Hubby gi beli tiket.  Nak tau hubby beli tiket kol bape? 11.55 malam!  Aduhai.. masa saya beli baju tu, baru pukul 9.30.  Masak nak tunggu sampai tengah malam.  Tak kisahlah lah tu, bukan selalu *sebenarnya kesian gak kat anak-anak*.  Last tengok wayang sesama, masa baru kawen which is 3 tahun lepas.

Ni kami tengah melepak kat depan wayang.  Orang yang beli tiket dah mengadu lenguh kaki.  Hehehe... nak pergi cari tempat duduk lak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails