17 November, 2009

Menentukan hari subur melalui kaedah pengiraan hari

Boleh juga dikatakan…….


.


.


merancang keluarga melalui kaedah pengiraan hari.  Hehe..

Kepada sesiapa yang masih tak jelas macammana nak menentukan hari subur melalui kaedah pengiraan hari, bolehlah gunakan aplikasi woman calendar ni.  Yelah.. kadang-kadang susah juga nak faham cara nak kira ni.  Tolak itu, tolak ini.    Kalau gunakan aplikasi tu cuma masukkan bila hari terakhir haid anda, tempoh kitarannya dan jumlah hari haid.  Sekali klik saja, nah.. anda boleh tahu bila masa yang ok untuk projek bersama.

Tempoh kitaran  haid itu dikira dari hari pertama haid anda sampai haid yang berikutnya.  Contohnya kalau bulan lepas haid anda jatuh pada 1/10 dan haid berikutnya jatuh pada 29/10, kitarannya ialah 28 hari.

Paling best kat kalender tu, ada diberikan tarikh-tarikh kemungkinan untuk mengandungkan anak lelaki atau anak perempuan *kita merancang dan tawakkal saja. Selebihnya, hanya Dia yang mengetahui mana yang terbaik untuk kita*.

Cakap lebih-lebih karang, salah bagi maklumat pula, anda jenguklah sendiri ya.  Selamat mengira!

Updated : Nampaknya link kat atas tu dah tak wujud lagi... Maaf ya pada yang mencari.  Tapi saya ada jumpa website yang lain pula, Ovulation Calculator, dan juga di Babycentre. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails