20 November, 2009

Penat ke bosan?

Saya kat opis lagi.  Janji dengan cik abang, kol 8.15 malam baru nak balik.  Tapi serius dah tak de mood seh nak buat kerja.  Jadinya, sambil tunggu Hubby jemput, blog hopping ajelah.  Barulah dapat terjah rumah orang.  Selama ni dok jeling-jeling balik langsir jer (google reader).  Tapi setakat jenguk ajelah tak tinggal jejak.  Lembab lak otak nak pikir apa nak reply.  Huhu..

Dah penatlah.. (ke dah bosan ya?) kerja macam ni hari-hari.  Selagi belum gelap, belum balik umah.  Tu tak kira hujung minggu lagi. Nak duit banyak-banyak, tapi tak nak stress camni.  Adoi.. camne?  Tapi daripada gaji banyak gaji tak naik, jauh lebih baik camni.  

Cuma kesian kat anak-anak.  Tak pasal-pasal semalam Muqry & Nuryn kena rotan kat tapak tangan.  Kalau ikutkan dengan bibik sekali nak dibantai.  Saya belikan buku cerita Cars.  Ada disertakan 8 magnet kereta sebagai props kepada buku tu.  Dah lama beli tapi saja simpan nak tunggu masa yang sesuai.  Semenjak dua menjak ni kan saya tiap-tiap hari balik lewat, jadi konon-kononnya malam Rabu tu baru dapat duit sebab "work" sebab tu boleh belikan diaorang buku tu.  Memang excited sangat diaorang.  Happy saya tengok.  Sayu pun ada gak.

Semalam bila balik kerja, tengok-tengok semua 8 magnet tu dah tercabut stiker keretanya.  Budak-budak ni punya kerjalah.  Dahlah dicabut, habis dikoyak kecil-kecil.  Kalau tak boleh gak tampal balik dengan gam.  Mana saya tak hangin.  Baru sehari bagi.  Sebagai denda, saya rotan tapak tangan diaorang *sebenarnya saya yang jadi monster*.

Paling bengang dengan bibik.  Takkan dia tak reti nak larang langsung bebudak ni.  Kalau tak pun, bebudak ni main kat hall, dia membuta dalam bilik.  Dia bagi alasan, bebudak ni koyak masa dia buat susu.  Saya tanya balik, tak kan lama sangat buat susu sampai semua boleh koyak.  Kan ada 8 semuanya.  Boleh pulak dia jawab, budak-budak koyak 2.  Habis tu ko biar je diaorang koyak lagi 6???  Tak ke bang-ang.  Awak lagi orang susah, patutnya lagi tahu erti duit.  Tapi mungkin bukan sebab duit dia yang keluar beli buku tu, dia pedulik hapa agaknya.  Ah, tension!

Tension kat sini, tension dengan bibik lagi.  Tapi kalau tak de bibik. Laaaagi tension kot nak fikir pasal kain baju, pasal umah yang berhabuk.  Pening bila difikirkan. 

Erk.. jadi panjang lebar pulak bebelnya.  Tak sedar lak dah lepas tension kat sini.  Hmm... inilah dilema ibu bekerja Isnin - Ahad, 7.30 pagi - 9.00 malam.  Kesian kan? 

5 comments:

:: s o l :: said...

hah??
keje senin ahad sampai kol 9mlm?? ish3 ciannye..

sol baru dapat keje baru yg keje senin jumaat 8:30-17:30 mmglah melompat gumbira. keje sblm ni teruk, tak berbaloi. huhuhu..

tapi myza keje cmtu gaji masyuk nak wat cmne kan huhuhu sabo jola kita nak mencari rezki walaupun ngan rasa bersalah kat anak-anak. huuhu...

nonnie78 said...

imaginelah aku balik umah nak ngadap rumah, dapur, bilik mandi, bilik tidur, hall, ruang sidai baju tanpa kehadiran seorang bibik.. bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. aku pun tengah belajar menilai apa yang Allah bagi pada aku ni.. sama2 ye?

Zety Zin said...

budak2 main, dia boleh tidur??? iskk.... tak boleh jadik nih. kena 'basuh' sikit bibik tu.

me_czar said...

Sol :
Itulah pengorbanan untuk earn sebanyak itu *tak de banyak sangat pon.. hihi*.
Tapi betul gak Hubby cakap, "awak ni kerja lebih masa bukan sebab dah promoted, kena pikul lebih tanggungjawab. Tapi sebab awak sorang tapi buat kerja untuk 3,4 orang. Itu masalah company tak dapat sediakan cukup staff". Bila fikir2, ada betulnya gak kata dia tu.

Nonnie :
Thanks of reminding. Memang.. kadang2 lupa nak bersyukur dengan apa yang ada. Mengeluh je taunya *malu sendiri*

Zety :
Erk.. saya assumed jer. Sebab macam tak logik dia tak boleh control 2 orang budak 3 & 2 tahun.

:: s o l :: said...

huhu cian myza. dulu rasa gak mcm ni ms previous job. tapi earn byk tu jugak hahaha tahan sbb konon nak tambah pengalaman. plus, tak penah keje ngan kontraktor so teringin nak rasa.

but then, lama2 tgk cian kat syahmi ngan wan dah terabai. so bincg2 baiklah cari keje lain dari hadap keje yg tak berbaloi itu. alhmd dapat pulak keje baru di zaman2 gawat yang org dok kene buang keje ni. rezki.

tapi, yelah. itu strategi pniagaan namanye. bila dia promote myza, dia leh soh myza buat keje byk2 tanpa amik org baru. yg belum tentu blh buat keje. hihi. save dia nak carum kwsp byk2 wakakakaa..

xpelaa myza, rezki myza laa ni takat tu. all da best. u can do it! :)

Related Posts with Thumbnails