09 December, 2009

Alhamdulillah... saya sangat suka!

Saya dah terima cek untuk ot claim sepanjang September dan Oktober lalu. Cuma untuk meal allowance je.  Tapi, oklah kan dari tak dapat apa-apa langsung.  Laaaaamaaa... dah rancang untuk beli ini...



dan ini.. hehe..


ohh... sekadar gambar hiasan semata-mata, belum survey lagi nak beli handbag apa *wink*

Memanglah saya dalam proses nak membuang lemak tepu berlebihan, tapi basikal tu bukan untuk sayalah!  Kan ada 2 roda tambahan kat belakang tu.  Hihihi..  Dapat juga akhirnya duit untuk saya belikan Muqry basikal baru seperti yang dijanjikan sebelum ni. Sebenarnya boleh jer nak beli tak payah tunggu duit claim, tapi sengaja saya nak tunggu duit tu supaya nampak hasil dari penat lelah saya kerja lebih masa tiap hari dan hujung minggu. Puas hati.

Muqry sebenarnya ada basikal, tapi dah kecil untuk dia yang dah meninggi. Jadi, basikal yang ada saya nak turunkan pada Nuryn.

Owh.. dan handbag tu bukanlah pulak untuk Nuryn ya.  Kali ni saya nak beli a very good handbag but cheap sebagai ganjaran untuk diri sendiri juga. Saya bukanlah pengumpul handbag mahupun kasut.  Sekarang ni cuma pakai tote bag murahan.  Asalnya bawa tote bag gi kerja dulu sebab nak angkut sekali Spectra pegi balik keje.  Gigih weh masa tu dengan cooler bag bagai.  Skang macam dah tak praktikal lak nak bawak beg besar-besar gi kerja.  Tiap kali, handphone bunyi, menggagau tangan cari handphone tak jumpa mungkin saya patut masuk contest yang hadiahnya bag organiser tu la.  Handbag yang masih elok, comel la sangat pulak.  Hatta nak masuk tangan yang dah tembam pun muat-muat jer. Lagi pulak handphone, purse, note book, pad bag dan segala macam lagi.

Harap-harap jadilah hendaknya acara membeli belah hujung minggu ni.  Suka, suka, suka!

No comments:

Related Posts with Thumbnails