02 December, 2009

Cloth pads stash =)

Cloth pads yang saya order, sudah sampai semuanya hari ni. Macam banyak sangat bunyinya. Huahuahua.. Teruja sungguh. Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, saya mula bertukar dari dispo pad kepada cloth pad lebih kurang setahun yang lalu. Bila saya mula pakaikan anak-anak dengan cloth diaper masa Nuryn 10 bulan, saya beli juga cloth pad untuk saya. Tapi masa tu, semuanya imported. Sekeping regular pad yang paling murah harganya RM29. Jadinya, saya berkesudahan dengan menjahit cloth pad sendiri. Ya.. percayalah. Hahaha. Tapi tak banyak pun jahitnya. Sebabnya saya tak ada/tak cari jumpa fabric yang waterproof untuk dijadikan lapisan bawah. Saya cuma buat pad jenis pocket type. So, cuma sesuai untuk dipakai waktu aliran tak banyak.

Baru-baru ni terjumpa 2 web ini yang jual handmade cloth pads. Yang syoknya, local based dan harga jauh lebih murah dari imported pad. Gatal je tangan nak order. Saya beli juga beberapa keping untuk dicuba. Setakat ni tak boleh nak review tentang performance sebab belum cuba. Cuma bab pembuatan, dua-dua saya puas hati. Jahitan kemas dan pemilihan warna pun menyegarkan.

Sila cuci mata ya!







2 comments:

mirah said...

myza, dah try cp tu? ok tak? mana better? mirah baru nak try pakai cp nih. Ada gak dah beli tp tak guna lagi sbb belum prewash. Huhu pastu sibuk pula tanya orang lain kan. Tak, sebenarnya gatal tangan nak beli lagi nih... :)

me_czar said...

Dah, cuma tak terbuat review. Ingat nak amek gambar compare 2 brand tu.

InsyaAllah, cuti panjang ni buat entry tu.

Related Posts with Thumbnails