16 December, 2009

Lady driver

Bermula awal bulan ni, saya merempit memandu sendiri ke pejabat all the way dari Serdang ke Jalan Tun Razak. Mr. Hubby dah bertukar kerja dekat dengan rumah. Tak ekonomi lak kalau dia nak hantar saya sampai ke pejabat dan kemudian patah balik. Lagipun parking fee ditaja oleh company, rugi kalau saya lepaskan peluang keemasan ini. Muahahahaha.

Perkara yang sangat annoying bagi saya
  1. Kereta yang perlahan macam siput tapi nak jalan dekat lane kanan. Lepas tu jarak dia dengan kereta depan jauh berbatu. Kita bagi high beam pun dia boleh buat tak tau jer. Alih-alih terpaksa potong guna lane kiri.
  2. Kereta depan yang asyik tekan brek. Boleh sakit jantung camtu. Padahal bukan ada apa-apa pun kat depan. Tak tahulah apa yang dia cuak sangat. Kita ni bila tengok kereta depan, brek kita pun mesti kena bersedia untuk perlahan gak kan. Jadinya kalau saya jumpa kereta camtu, saya akan elakkan ikut terlalu dekat dan tengok-tengok gak kereta yang kedua depan kalau-kalau dia pun brek gak. Kalau dia tak brek, saya cuma lepaskan minyak jer instead of tekan brek. Kalau ada peluang, saya potong jer dia. Biar orang belakang pulak dapat sakit jantung *keji*.

Tak banyak…2 je. Hihihi..

Lagi satu, tiap kali saya nak mencilok saya akan dengan anggunnya angkat tangan mintak-laluan-ya-pak. Bila pemandu-pemandu kereta mewah atau kereta besar ni tengok perempuan melayu terakhir dalam kereta kecik, minta lalu, tak patut lak tak bagi kan? Senang je dapat mencelah. Tapi ada juga masa tak baiknya, puas buat lambaian ala ratu cantik pun, tak ada siapa nak bagi masuk. Eleh..

Setakat ni, masih boleh tolerate lagi dengan kesesakan jalan sebab tengah cuti sekolah kan. Tapi kalau dah mula sekolah, hazab okey nak memandu masuk KL.

4 comments:

BULLET said...

dua kejadian driver camtu mmg gampang..selalu bullet akan bagi high beam sampai dia pegi kiri. lagi satu main potong kat emergency lane...mmg pantang. selalu bullet akan drive kete tengah2 line bagi dorang xpotong...lantak la nak jadi ape. dorang tau nak cepat je...

lia said...

owhhh plng xsukak kereta suka break.. mmg jadi kecut perut la... lebey2 lg org yg memandunyer xbrani mcm lia ;p

me_czar said...

Bullet :
Tapi biasanya diaorg ni kita cucuk ke, bagi high beam ke, dia boleh buat buduh gak. Selfish betul

Lia :
Kan,kan, tak suka kan.

Mr. Hubby said...

hmmm...

Related Posts with Thumbnails