28 December, 2009

Pincushion organizer by Elizabeth (but sewn by me lor)



Inilah dianya sewing project #1 yang saya dok kepochi last week.  Saya kalau dah bosan-bosan, blog yang saya terjah selain kawan-kawan blogger, ialah blog crafter.  Sebabnya... saya suka menjahit, suka nak cuba jahit benda-benda baru.  Walaupun tak berpeluang nak duduk depan mesin jahit sepanjang masa, tengok orang lain buat pun puas hati gak.  Mana-mana yang rasa senang nak buat, saya bookmark terus.  Bila-bila datang mood nak menjahit, bolehlah cuba.

Pincusion ni nampaknya macam senang.  Empunya tutorial, Elizabeth dari Oh, Fransson!  Saya kemaruk sangat nak cuba buat walaupun jarum peniti saya cuma ada beberapa bilah(?) jer.  Hahaha.

Oh.. sila jangan ketawakan pilihan fabrik saya.  Ya.. saya tau macam ada yang tak kena je dengan kombinasi kain-kain tu kan?  Nak buat macam mana, itu jelah lebihan kain yang saya ada.  Itu pun saya ambil dari umah mak saya.

Polyfill fibre dalam cushion tu pun.. er... saya ambil dari bolster Muqry.  Shh..jangan bagitau Muqry.  Bukan apa, bolster tu dah lama tak terpakai.  Saya cuma ambil sikit jer..  Masih gebu lagi bolster tu.  Alamak, belum jahit lagi jahitan yang saya tetaskan tu. 

Ada jual kat sini polyfill fibre tu, tapi tak menyempat dahla.  Saya nak jahit time tu jugak.  Saya puas hati dengan hasilnya *masuk bakul angkat sendiri*, cuma lain kali saya kena gunakan interfacing yang nipis kat scrap bag tu.  Tebal sangat jadi susah nak jahit dan bentuk.  Bersegi jadinya, bukan elok jer bulat.  Lagi, satu lining dalam scrap lak nipis sangat.  Bila detached scrap bag tu dari pincusion, dia tak baper nak berdiri sendiri.

Kalau boleh, saya buat satu lagi... guna kain yang elok sikit.  Siapalah agaknya yang bertuah dapat nanti...

2 comments:

Maya said...

macam best ni.. saya tak pernah buat pin cushion besar cam tu... & siap ade bekas tergantung untuk scrap.. comel comel...

eh.. kain2 tu ok je kombinasinya saya tengok.

me_czar said...

Sangat best! Tapi memang besar pun pincushion tu. Setakat ni saya baru guna sebelah jer.

Saya pun skema, ikut jer tutorial tak buat apa-apa alteration. Hihihi.

Kalau ada kain yang bright sikit mungkin ok kot. Saya rasa nampak kusam & suram je kombinasi tu.

Related Posts with Thumbnails