21 December, 2009

Port Dickson again...

However… it was an unplanned vacation this time.  Kahkahkah… speaking London, mak.

Sebelum membebel lebih panjang, Selamat Tahun Baru saya ucapkan.  Semoga kita semua berusaha menjadi khalifah Allah yang lebih baik. 

3 hari yang sangat meletihkan sebenarnya.

Hari Jumaat saya habiskan di rumah saja.  Sebab dah meroyan nak menjahit.  Gagahkan juga duduk depan mesin jahit.  Walaupun bendanya simple, tapi makan sehari juga nak siap.  Mana nak layan anak, nak masak, nak leraikan anak yang bergaduh.  Macam-macam hal.  Bibik saya dah hantar ke Serdang, biar dia tolong ibu ayah saya apa yang patut untuk persiapan memasak kenduri esoknya.  Lagipun kalau duduk rumah, tak de apa sangat kerja untuk dia.  Anak-anak memang tak mau langsung dengan dia kalau saya ada, hatta nak bancuh susu pun.

Menjelang maghrib, dapat juga saya siapkan projek terbaru saya tu.  Bersiap ala kadar, terus gerak ke Serdang.  Hampir tengah malam gak baru balik umah kami semula.  Bila dah datang semangat menjahit, memang mula nak menjahit jer kerjanya.  Pukul 2 pagi saya masih depan mesin jahit.  Kononnya nak siapkan projek kedua hari tu juga.  Tapi Nuryn tak bagi chance, sedar pulak dia yang saya tak ada kat sebelah.  Tersadai gitu je lah…

Seharian hari Sabtu kami habiskan kat Prima Saujana, Kajang.  Mak Usu saya buat kenduri khatam Al-Quran untuk anaknya yang mana ayah saya jadi tukang masaknya dan saya tukang makan jer.  Pagi tu sebelum gi keje Hubby bagitau, kami nak ke PD malam nanti, join sekali PIL & SIL bercuti-cuti Awal Muharam.  Rushing saya kemas beg kami 4 beranak.  Benda yang paling saya lemah sekali; kemas beg dalam waktu yang singkat.  Mulalah rasa nak hangin satu badan. Nak buat list memang tak sempat lah.  Alih-alih ada gak tertinggal benda penting.

Dekat pukul 10 malam baru nak bertolak ke PD.  Singgah isi minyak, gi bank, hantar bibik balik, tengah malam gak baru sampai sana.  Mana ya kami tinggal?  Hahahaha… saya pun lupa sebab tak ambil pusing  pun.  Betul-betul dah sampai kat parking baru saya terjaga.  Eh.. letih tau jaga 2 anak seharian tanpa bantuan Mr. Hubby.  Sampai-sampai, Muqry pun terjaga.  Mulalah buat drama mengamuk meraung-raung.  Ni lagi satu yang buat saya hilang mood bercuti.  Ada je lah yang tak kena.  Meraung mintak tuala (sapu tangan) nak gentel.  Disebabkan saya tengah bf Nuryn, mintak Hubby tolong ambilkan.  Boleh tu Muqry melalak-lalak suruh saya jugak yang bangun amek.  Dah bangun, Nuryn pulak meraung.  Mana tak geram.  Hi.. camne nak beradik lagi camni?  Dah marah-pujuk-peluk-tepuk barulah tertidur balik anak-anak manja tu.

Esok paginya, diaorang bangun awal.  Tu pun Nuryn buat drama jugak pagi2 tu.  Saya nak gi toilet dia nak ikut.  Dah bawak masuk toilet kata pulak nak tidur, suruh dokong.  Nak melepas hajat pun tak puas.  Bila dah tenang, excited lak mengajak mandi pool.  Nasib baik ada adik Hubby & anak-anak buah yang boleh tengok-tengokkan.  Dapatlah saya lepak-lepak kat apartment.

Budak-budak & bapak budak je lah yang mandi laut & pool semalam.  Saya setakat kotorkan kaki pijak pasir jer.  Family belah Hubby ramai lelaki, jadi saya tak selesa nak berendam selagi tak ada proper attire.  Selagi tak beli Muslimah swimwear ni (bukan pandai berenang pun. Hahahaha), selagi tu saya tak kan mandi manda.  Boleh gitu? 

Kami sampai rumah semula pukul 11 malam tadi.  Disebabkan percutian tak dirancang ni, banyak kerja saya tergendala.  Jahitan tersadai, baju tak terpotong.  Konon-konon nak update entry sewing project pun tak dapat.  Hutang review CP pada Mirah & tag dari MIO pun tak terbuat lagi.  Minggu ni dah mula sibuk balik.  Expected to stay back everyday.  Jangan-jangan hujung minggu pun kerja juga.  Tapi bila tengok anak-anak seronok (apart from all the tantrums), terubatlah juga kekeciwaan.  Sebab tu sampai-sampai umah malam tadi boleh lagi menghadap mesin jahit.  Hahaha… dapatlah 15 minit sebelum  putera-puteri raja panggil masuk tidur.

Saya akan cuba selesaikan tugasan-tugasan berkenaan secepat mungkin ya, kawan-kawan.  But no promise, huhu.


3 comments:

Zety Zin said...

oh memang hangin kalau kena packing dalam masa singkat. kalau saya selalunya mesti terbawak banyak benda yang tak penting, and tertinggal benda yang penting. sudahnya beg jadi sangat berat. haha.

mirah said...

ya ya jgn lupa review ya..
but take ur time k.

saya juga taksuka unplanned vacation ni, kalau dekat ok lagi kalau jauh lagi tension.

me_czar said...

Zety :
Ya sama... mesti ada jer yang tertinggal. Lagi jenuh kalau nak pack baju sama warna untuk 4 beranak. Oh.. kami memang suka boria. Hahaha

Mirah :
Dah karang review, tapi tak boleh nak publish lagi.

Apa yang buat saya tension, part packing barang dan anak-anak yang tantrum pasal penat. Yang lain tak de hal, sebab jadi co-driver je dan ada tukang masak (ni kalau gi ngan family kakak ipar)

Related Posts with Thumbnails