10 December, 2009

Scene terlampau

Di kalangan Mr. Hubby dan kawan-kawan rapat masa sekolah dulu, saya dikenali sebagai semua-benda-pun-ko-nak-langgar punya orang. Contohnya, nak langgar bucu meja lah… nak tersadung kat platform lah (ada platform kat depan kelas kami, supaya cikgu boleh tengok siapa yang main dalam kelas agaknya), langgar pintu kat Help Institute lah, hmm… macam-macam lagi. Hakikatnya saya bukanlah budak jenis clumsy gitu.

Habis kalau dah lelaki yang kau puja memujamu dok usha-usha… tak ke jadi tak keruan dibuatnya, mulalah nak berjalan pun kaki rasa lembik semacam. Masa tu lah… hihihi.

Kemuncak scene langgar benda yang jadi bahan kutuk usikkan sampai sekarang ni berlaku 2 hari sebelum majlis pertunangan saya. Masa tu saya baru nak balik rumah dari pejabat. Dekat luar ni tengah hujan tapi saya terdetik dalam hati, pintu kaca ni bukak tapi kenapalah bunyi hujan ni perlahan ya? Sambil berangan agaknya masa tu, saya rilex jer jalan terus ke luar pejabat. Kedebummmmm! Saya sudah langgar itu pintu kaca.   Sebenarnya pintu kaca tu tak terbukak pun.  Ilusi optik semata-mata.  Huwa..  Berpinar pandangan dek kerana menahan air mata sakit yang boleh tahan hebatnya. Receptionist dah gelak guling-guling tengok saya. Saya pun bantai gelak nak mengcover daripada ternangis lak kan. Sakit memang sakit. Balik umah, muka dah bengkak sebelah. Terhantuk tu betul-betul kat kening sebelah kiri. Nasib belah mata je effect.

Sampai hari bertunang, mata dah membiru lebam. Terpaksalah juru mekap tak bertauliah ni tepek foundation banyak-banyak kat situ dan apply eye shadow warna gelap. Kiranya dapat gakla cover, cuma mata je cacat, bengkak sikit. Kalau saya tak cerita, kawan-kawan yang datang tak perasanlah saya cedera.  Tapi bila dah cerita nasib badanlah... jadi bahan sampai sekarang.  Huhu.

Nasib masa nak kawen tak ada scene terlampau gitu.

2 comments:

nonnie78 said...

jap... bg aku gelak dulu ye...

ok. mmg ada je scene-yg-taknak-terjadi-tp-terjadi kalau dh asyik diusha dek pemuja hati. itu belum kes bancuh teh ngan garam.. wakakkaka.. biar aku lak gelak!!!!

me_czar said...

Nonnie :
Banyak lagi citer memalukan sepanjang couple. Dah kawen pun ada gak tapi kurang lah malunya..

Bancuh air dengan garam?? Sila blogkan ya

Related Posts with Thumbnails