31 December, 2009

Tarts anyone?



Blueberry cheese tart hasil percubaan pertama siap di packing untuk menambat hati mertua.  Hahahaha

Selepas beberapa lama ambil kitchen scale dari rumah ibu, akhirnya datang juga mood dan kerajinan saya nak buat tart ni hari Sabtu lepas.

Saya copy & paste resepinya dari sini.

Hasilnya, wallah!  Muqry makan sampai 4 biji.  Nuryn je tak layan.  Anak dara yang seorang ni memang pelik sikit. Picky eater lah.  Benda yang pelik-pelik bagi dia, dia tak makan.  Pastry tak berderai dan filling pun very smooth.  Penggemar keju mesti tak regret cuba.  Kredit pada tuan punya resepi.

Bolehlah kalau nak order... *pengsan*


Nota cemas : Eh, mana perginya resepi?  Sepatutnya ada sebab saya dah paste kat sini.  Terdelete lah tu.  Balik saya nanti saya edit post ni sebab resepinya kat umah

Nota minta maaf 1 : Oh.. saya belum letak resepinya.  Cuti 3 hari tu tak perpeluang. Bibik mc dan anak-anak melekat macam koala.  Harap maaf.

Nota minta maaf 2 : Saya bukan serius masa mentioned pasal order tu.  Kan ada *pengsan* di situ.  Tapi kalau tak banyak kuantiti dan kena pada masanya, boleh juga saya tolong buatkan.

4 comments:

mirah said...

nampak sedap tu. Boleh order ke? hihi..

: : s o l : : said...

ok nak order 1 baldi penuh. hahaahaha

Zety Zin said...

nak jugak...

me_czar said...

Hahaha... serius nak order kawan-kawan? Harapnya tak la..

Saya pun baru cuba buat nih. Takut lak tak menepati piawaian

Related Posts with Thumbnails