Followers

31 December, 2009

Rezeki di ambang tahun baru

Alhamdulillah. Syukur

Dapat duit claim lagi untuk meal allowance sepanjang bulan November.  Bolehlah beli handbag satu lagi. Muahahahaha.

Tarts anyone?



Blueberry cheese tart hasil percubaan pertama siap di packing untuk menambat hati mertua.  Hahahaha

Selepas beberapa lama ambil kitchen scale dari rumah ibu, akhirnya datang juga mood dan kerajinan saya nak buat tart ni hari Sabtu lepas.

Saya copy & paste resepinya dari sini.

Hasilnya, wallah!  Muqry makan sampai 4 biji.  Nuryn je tak layan.  Anak dara yang seorang ni memang pelik sikit. Picky eater lah.  Benda yang pelik-pelik bagi dia, dia tak makan.  Pastry tak berderai dan filling pun very smooth.  Penggemar keju mesti tak regret cuba.  Kredit pada tuan punya resepi.

Bolehlah kalau nak order... *pengsan*


Nota cemas : Eh, mana perginya resepi?  Sepatutnya ada sebab saya dah paste kat sini.  Terdelete lah tu.  Balik saya nanti saya edit post ni sebab resepinya kat umah

Nota minta maaf 1 : Oh.. saya belum letak resepinya.  Cuti 3 hari tu tak perpeluang. Bibik mc dan anak-anak melekat macam koala.  Harap maaf.

Nota minta maaf 2 : Saya bukan serius masa mentioned pasal order tu.  Kan ada *pengsan* di situ.  Tapi kalau tak banyak kuantiti dan kena pada masanya, boleh juga saya tolong buatkan.

30 December, 2009

New uses of everyday things


10 New Uses for Baking Soda

“Not only does baking soda neutralize odiferous fatty acids but it also attacks grease by turning it into―believe it or not―soap,” says the University of Pittsburgh’s Wolke. Fact: More than 100 tons of the refrigerator staple were used to clean the Statue of Liberty’s inner copper walls during its 1986 restoration.

Use Baking Soda to:
  1. Exfoliate skin. Wash your face, then apply a soft paste made of three parts baking soda and one part water. Massage gently with a circular motion, avoiding the eye area; rinse clean.
  2. Erase crayon, pencil, ink, and furniture scuffs from painted surfaces. Sprinkle soda on a damp sponge, rub clean, and rinse.
  3. Unclog a drain. Pour 1/2 to 1 cup of baking soda down the drain, then slowly pour 1/2 to 1 cup of white vinegar after it. Let sit for five minutes (covered, if possible). Follow with a gallon of boiling water.
  4. Remove tough stains from enameled cast iron and stainless steel. Scrub enameled cast iron with a soft nylon brush and a thick paste of baking soda and water. Clean stainless steel with a soft cloth and 4 tablespoons of baking soda dissolved in 1 quart of water. Wipe dry with a clean cloth.
  5. Scrub pans. Sprinkle soda on crusted casseroles and roasting pans and let sit for five minutes. Lightly scrub and rinse.
  6. Brush teeth. Use a paste of baking soda and water.
  7. Fight class-B fires (flammable liquids, such as gasoline, oil, and grease). Baking soda can be used to smother only a small flame.
  8. Deodorize. Dust baking soda under your arms to absorb body odor.
  9. Clean up minor oil and grease spills on a garage floor or driveway. Sprinkle baking soda on the spot and scrub with a wet brush.
  10. Settle a stomach during occasional indigestion. Stir 1/2 teaspoon of baking soda into 1/2 cup of water and drink for a safe and effective antacid.
Read more here.  It's worth it! :-)

29 December, 2009

Srrott... srrottt...

I have runny nose today. Mata pun ala-ala ngantuk sebab makan ubat tadi. Tapi masih cuba bertahan sebab ada beberapa lagi Final Account nak diselesaikan sebelum tahun baru.

Pagi tadi dah makan nasi lemak jadinya lunch break nanti bolehlah lelap barang seminit dua.  Tapi, rasanya lebih baik saya membaca.  Buku The Kite Runner ni masih ada separuh lagi.  Tak sabar nak tahu ending nya.




Cuba bertahan sampai esok sebab takkan Doc nak bagi mc sampai 3 hari kan, lepas tu mintak mc.

Untukmu Ibu

Selepas er… beberapa bulan, tote bag ni telah selamat diserahkan kepada ibu saya.


Baby bear yang enterframe sebab Nuryn tak mahu jadi model lagi.  Sebelum tu dia dah pose, tapi sibuk dia nak pakai goggle, kelakarla pulak.

Cuti 3 hari lepas, sempat juga saya sambung sewing project #2 ni. Beg yang senang pun makan banyak hari. Hahahahaha. Nak buat cemana, banyak interruption.

Masih guna kain yang sama selagi tak habis.



Cuma ada satu poket berzip kat dalam sebab saya malas

28 December, 2009

Cloth pads review

Saya sebenarnya dah draft pun pandangan ikhlas saya tentang 2 brand cp yang saya beli baru-baru ni.  Tapi, elok je habis saya mengarang saya terperasan sesuatu yang tak kena pada salah satu brand cp tu.  Saya akan cuba dapatkan clarification daripada seller tentang defect tu sebelum saya publish review saya tu.  Maaf ya.

Pincushion organizer by Elizabeth (but sewn by me lor)



Inilah dianya sewing project #1 yang saya dok kepochi last week.  Saya kalau dah bosan-bosan, blog yang saya terjah selain kawan-kawan blogger, ialah blog crafter.  Sebabnya... saya suka menjahit, suka nak cuba jahit benda-benda baru.  Walaupun tak berpeluang nak duduk depan mesin jahit sepanjang masa, tengok orang lain buat pun puas hati gak.  Mana-mana yang rasa senang nak buat, saya bookmark terus.  Bila-bila datang mood nak menjahit, bolehlah cuba.

Pincusion ni nampaknya macam senang.  Empunya tutorial, Elizabeth dari Oh, Fransson!  Saya kemaruk sangat nak cuba buat walaupun jarum peniti saya cuma ada beberapa bilah(?) jer.  Hahaha.

Oh.. sila jangan ketawakan pilihan fabrik saya.  Ya.. saya tau macam ada yang tak kena je dengan kombinasi kain-kain tu kan?  Nak buat macam mana, itu jelah lebihan kain yang saya ada.  Itu pun saya ambil dari umah mak saya.

Polyfill fibre dalam cushion tu pun.. er... saya ambil dari bolster Muqry.  Shh..jangan bagitau Muqry.  Bukan apa, bolster tu dah lama tak terpakai.  Saya cuma ambil sikit jer..  Masih gebu lagi bolster tu.  Alamak, belum jahit lagi jahitan yang saya tetaskan tu. 

Ada jual kat sini polyfill fibre tu, tapi tak menyempat dahla.  Saya nak jahit time tu jugak.  Saya puas hati dengan hasilnya *masuk bakul angkat sendiri*, cuma lain kali saya kena gunakan interfacing yang nipis kat scrap bag tu.  Tebal sangat jadi susah nak jahit dan bentuk.  Bersegi jadinya, bukan elok jer bulat.  Lagi, satu lining dalam scrap lak nipis sangat.  Bila detached scrap bag tu dari pincusion, dia tak baper nak berdiri sendiri.

Kalau boleh, saya buat satu lagi... guna kain yang elok sikit.  Siapalah agaknya yang bertuah dapat nanti...

21 December, 2009

Port Dickson again...

However… it was an unplanned vacation this time.  Kahkahkah… speaking London, mak.

Sebelum membebel lebih panjang, Selamat Tahun Baru saya ucapkan.  Semoga kita semua berusaha menjadi khalifah Allah yang lebih baik. 

3 hari yang sangat meletihkan sebenarnya.

Hari Jumaat saya habiskan di rumah saja.  Sebab dah meroyan nak menjahit.  Gagahkan juga duduk depan mesin jahit.  Walaupun bendanya simple, tapi makan sehari juga nak siap.  Mana nak layan anak, nak masak, nak leraikan anak yang bergaduh.  Macam-macam hal.  Bibik saya dah hantar ke Serdang, biar dia tolong ibu ayah saya apa yang patut untuk persiapan memasak kenduri esoknya.  Lagipun kalau duduk rumah, tak de apa sangat kerja untuk dia.  Anak-anak memang tak mau langsung dengan dia kalau saya ada, hatta nak bancuh susu pun.

Menjelang maghrib, dapat juga saya siapkan projek terbaru saya tu.  Bersiap ala kadar, terus gerak ke Serdang.  Hampir tengah malam gak baru balik umah kami semula.  Bila dah datang semangat menjahit, memang mula nak menjahit jer kerjanya.  Pukul 2 pagi saya masih depan mesin jahit.  Kononnya nak siapkan projek kedua hari tu juga.  Tapi Nuryn tak bagi chance, sedar pulak dia yang saya tak ada kat sebelah.  Tersadai gitu je lah…

Seharian hari Sabtu kami habiskan kat Prima Saujana, Kajang.  Mak Usu saya buat kenduri khatam Al-Quran untuk anaknya yang mana ayah saya jadi tukang masaknya dan saya tukang makan jer.  Pagi tu sebelum gi keje Hubby bagitau, kami nak ke PD malam nanti, join sekali PIL & SIL bercuti-cuti Awal Muharam.  Rushing saya kemas beg kami 4 beranak.  Benda yang paling saya lemah sekali; kemas beg dalam waktu yang singkat.  Mulalah rasa nak hangin satu badan. Nak buat list memang tak sempat lah.  Alih-alih ada gak tertinggal benda penting.

Dekat pukul 10 malam baru nak bertolak ke PD.  Singgah isi minyak, gi bank, hantar bibik balik, tengah malam gak baru sampai sana.  Mana ya kami tinggal?  Hahahaha… saya pun lupa sebab tak ambil pusing  pun.  Betul-betul dah sampai kat parking baru saya terjaga.  Eh.. letih tau jaga 2 anak seharian tanpa bantuan Mr. Hubby.  Sampai-sampai, Muqry pun terjaga.  Mulalah buat drama mengamuk meraung-raung.  Ni lagi satu yang buat saya hilang mood bercuti.  Ada je lah yang tak kena.  Meraung mintak tuala (sapu tangan) nak gentel.  Disebabkan saya tengah bf Nuryn, mintak Hubby tolong ambilkan.  Boleh tu Muqry melalak-lalak suruh saya jugak yang bangun amek.  Dah bangun, Nuryn pulak meraung.  Mana tak geram.  Hi.. camne nak beradik lagi camni?  Dah marah-pujuk-peluk-tepuk barulah tertidur balik anak-anak manja tu.

Esok paginya, diaorang bangun awal.  Tu pun Nuryn buat drama jugak pagi2 tu.  Saya nak gi toilet dia nak ikut.  Dah bawak masuk toilet kata pulak nak tidur, suruh dokong.  Nak melepas hajat pun tak puas.  Bila dah tenang, excited lak mengajak mandi pool.  Nasib baik ada adik Hubby & anak-anak buah yang boleh tengok-tengokkan.  Dapatlah saya lepak-lepak kat apartment.

Budak-budak & bapak budak je lah yang mandi laut & pool semalam.  Saya setakat kotorkan kaki pijak pasir jer.  Family belah Hubby ramai lelaki, jadi saya tak selesa nak berendam selagi tak ada proper attire.  Selagi tak beli Muslimah swimwear ni (bukan pandai berenang pun. Hahahaha), selagi tu saya tak kan mandi manda.  Boleh gitu? 

Kami sampai rumah semula pukul 11 malam tadi.  Disebabkan percutian tak dirancang ni, banyak kerja saya tergendala.  Jahitan tersadai, baju tak terpotong.  Konon-konon nak update entry sewing project pun tak dapat.  Hutang review CP pada Mirah & tag dari MIO pun tak terbuat lagi.  Minggu ni dah mula sibuk balik.  Expected to stay back everyday.  Jangan-jangan hujung minggu pun kerja juga.  Tapi bila tengok anak-anak seronok (apart from all the tantrums), terubatlah juga kekeciwaan.  Sebab tu sampai-sampai umah malam tadi boleh lagi menghadap mesin jahit.  Hahaha… dapatlah 15 minit sebelum  putera-puteri raja panggil masuk tidur.

Saya akan cuba selesaikan tugasan-tugasan berkenaan secepat mungkin ya, kawan-kawan.  But no promise, huhu.


19 December, 2009

Perkembangan yang membanggakan

Yeah!  Tapi tak boleh nak post lagi.  Sebabnya belum sempat diambil gambar.  Ada kaitan dengan entry ini

Tungguuuuuuuuuuu.

16 December, 2009

The Storm Warriors - Review please..

Sepatutnya malam ni ada movie date lagi dengan pengantin lama baru tu, ER & AK.  Suami-suami ni nak tengok The Storm Warriors.  Kami isteri-isteri ni kalau boleh tak mahulah tengok cerita tu.  Ish.. lawan-lawan ni, tak sesuailah dengan jiwa wanita anggun cam kami ni.  Hahahaha.  Tapi disebabkan diaorang ni sudi menemankan kami tengok New Moon hari tu, haruslah kita balas balik kan. 




Synopsis

Japanese evil warlord Lord Godless desired to conquer China. He imprisoned a large number of martial artists and tried to make them subjugate. Among the prisoners were Cloud and the martial arts elder statesman Nameless. Wind came to the rescue. The trio was badly wounded by Lord Godless�s evil martial arts attack. Chu Chu was also knocked out when she blocked Cloud from Lord Godless�s strike. The remaining martial artists sacrificed their lives to save the trio, in the hope that the trio would beat Lord Godless one day and save the country.

Chu Chu was badly wounded and stayed unconscious. Cloud was filled with remorse and vowed to take revenge. Wind chose to take the evil way to quickly boost up his martial arts skills, so that he could protect the people. During his training, he met the girl who changed his life, Dream. Meanwhile, the troop of Lord Godless came to attack. Wind�s training was interrupted when he tried to save Dream from Lord Godless�s assault. After some killings, Wind ran away and disappeared....

Ada review yang bagi 4/10 bintang jer kat cerita ni.  Tapi penuh je panggung nak tengok cerita ni.  Disebabkan seat yang available malam ni cuma barisan ke 6 dari depan, Mr. Hubby mintak postpone minggu depan jer. 

Sesiapa yang dah tengok, silalah review... berbaloi tak kami menonton cerita ni minggu depan?

Kerja tapi tak buat kerja

Fuh, seharian hari ni tak buat kerja langsung.  Dari pagi menguruskan dokumen-dokumen untuk claim.  Separuh hari habis gitu jer.

Pukul 2.30 tadi keluar lak pergi consultant office kat Wis.ma Cen.tral.  Dari sana, terus ke Sh.ah A.lam pula.  Pukul 5.45, di waktu orang lain lenggang kangkung balik umah, saya lak baru nak balik office.  Ni tengah tunggu bos habis meeting untuk submission esok.  Nak balik je terus rasa macam tak bertanggung jawab lak.  Tak kan nak biar dia tunggang langgang siapkan presentation untuk esok. 

Inilah orang kata, ditelan mati emak, diluah mati bapak.  Eh.. betul ke camtu bunyinya?  Hihihi

 

Lady driver

Bermula awal bulan ni, saya merempit memandu sendiri ke pejabat all the way dari Serdang ke Jalan Tun Razak. Mr. Hubby dah bertukar kerja dekat dengan rumah. Tak ekonomi lak kalau dia nak hantar saya sampai ke pejabat dan kemudian patah balik. Lagipun parking fee ditaja oleh company, rugi kalau saya lepaskan peluang keemasan ini. Muahahahaha.

Perkara yang sangat annoying bagi saya
  1. Kereta yang perlahan macam siput tapi nak jalan dekat lane kanan. Lepas tu jarak dia dengan kereta depan jauh berbatu. Kita bagi high beam pun dia boleh buat tak tau jer. Alih-alih terpaksa potong guna lane kiri.
  2. Kereta depan yang asyik tekan brek. Boleh sakit jantung camtu. Padahal bukan ada apa-apa pun kat depan. Tak tahulah apa yang dia cuak sangat. Kita ni bila tengok kereta depan, brek kita pun mesti kena bersedia untuk perlahan gak kan. Jadinya kalau saya jumpa kereta camtu, saya akan elakkan ikut terlalu dekat dan tengok-tengok gak kereta yang kedua depan kalau-kalau dia pun brek gak. Kalau dia tak brek, saya cuma lepaskan minyak jer instead of tekan brek. Kalau ada peluang, saya potong jer dia. Biar orang belakang pulak dapat sakit jantung *keji*.

Tak banyak…2 je. Hihihi..

Lagi satu, tiap kali saya nak mencilok saya akan dengan anggunnya angkat tangan mintak-laluan-ya-pak. Bila pemandu-pemandu kereta mewah atau kereta besar ni tengok perempuan melayu terakhir dalam kereta kecik, minta lalu, tak patut lak tak bagi kan? Senang je dapat mencelah. Tapi ada juga masa tak baiknya, puas buat lambaian ala ratu cantik pun, tak ada siapa nak bagi masuk. Eleh..

Setakat ni, masih boleh tolerate lagi dengan kesesakan jalan sebab tengah cuti sekolah kan. Tapi kalau dah mula sekolah, hazab okey nak memandu masuk KL.

14 December, 2009

I gotta feeling

Best...

video

Dah lama event ni tapi saya baru tengok rakamannya minggu lepas. Itu pun secara tak sengaja terbuka siaran Oprah kat Hallmark Channel.

Oprah's Kickoff Party Dance

During The Oprah Show's 24th season kickoff party, Harpo staff and more than 20,000 people pulled off a massive surprise for an unsuspecting Oprah. The entire crowd performed a choreographed piece to the Black Eyed Peas' "I Gotta Feeling," and Oprah was not only shocked, she was thrilled! Award-winning director Michael Gracey says the interaction between the Black Eyed Peas and the crowd is what made the flash mob so extraordinary. "There's something really special when you take an audience and instead of just being passive and watching, you invite them to participate," he says. "That's why it was so magical for both parties. Two groups of people came together to create something that neither of them could have done alone."

12 December, 2009

Saya dah lama...

tak menjahit.... huhuhu. 

Rindunya kat mesin jahit.  Banyak betul projek yang terbengkalai.  Sarung bantal.. baju kurung... dress Nuryn.  Bila nak mula menjahit nih?  2 hari lepas ada lak masa menjengah crafter blogs.  Tu pun sebab terjaga awal pagi & tak perlu solat subuh.  Paham-paham sendiri lah ya.  Heee.. Ada gak berkenan beberapa projek yang nampak macam senang.  Teringin sangat nak buat.  Mesti buat juga cuti Jumaat nanti.

 

11 December, 2009

Emosi terganggu

Kacau bilau sungguh emosi hari ni kerana....
  1. Mr. Hubby cuti tapi saya kerja... dia kerja Selangor da..
  2. ~Rahsia~
  3. Pagi-pagi lagi En. Boss dah sergah, "we have to work this weekend".  Banyaaaaaaaaaaakkk cantek.  Asyik kena sacrifice cuti hujung minggu jer.  Ini sudah lebeh..  I have my dd's playschool certicate giving ceremony and my bff's wedding to attend.  Tak nak, tak nak, tak nak!  Tak kira, nak kata tak boleh juga.  Kenapalah bos-bos ni suka commit dengan deadline yang tak masuk akal?  Hari ni baru nak gi meeting discuss apa yang patut, Isnin nak kena hantar.  Argh.. sakit jiwa camni.

10 December, 2009

Scene terlampau

Di kalangan Mr. Hubby dan kawan-kawan rapat masa sekolah dulu, saya dikenali sebagai semua-benda-pun-ko-nak-langgar punya orang. Contohnya, nak langgar bucu meja lah… nak tersadung kat platform lah (ada platform kat depan kelas kami, supaya cikgu boleh tengok siapa yang main dalam kelas agaknya), langgar pintu kat Help Institute lah, hmm… macam-macam lagi. Hakikatnya saya bukanlah budak jenis clumsy gitu.

Habis kalau dah lelaki yang kau puja memujamu dok usha-usha… tak ke jadi tak keruan dibuatnya, mulalah nak berjalan pun kaki rasa lembik semacam. Masa tu lah… hihihi.

Kemuncak scene langgar benda yang jadi bahan kutuk usikkan sampai sekarang ni berlaku 2 hari sebelum majlis pertunangan saya. Masa tu saya baru nak balik rumah dari pejabat. Dekat luar ni tengah hujan tapi saya terdetik dalam hati, pintu kaca ni bukak tapi kenapalah bunyi hujan ni perlahan ya? Sambil berangan agaknya masa tu, saya rilex jer jalan terus ke luar pejabat. Kedebummmmm! Saya sudah langgar itu pintu kaca.   Sebenarnya pintu kaca tu tak terbukak pun.  Ilusi optik semata-mata.  Huwa..  Berpinar pandangan dek kerana menahan air mata sakit yang boleh tahan hebatnya. Receptionist dah gelak guling-guling tengok saya. Saya pun bantai gelak nak mengcover daripada ternangis lak kan. Sakit memang sakit. Balik umah, muka dah bengkak sebelah. Terhantuk tu betul-betul kat kening sebelah kiri. Nasib belah mata je effect.

Sampai hari bertunang, mata dah membiru lebam. Terpaksalah juru mekap tak bertauliah ni tepek foundation banyak-banyak kat situ dan apply eye shadow warna gelap. Kiranya dapat gakla cover, cuma mata je cacat, bengkak sikit. Kalau saya tak cerita, kawan-kawan yang datang tak perasanlah saya cedera.  Tapi bila dah cerita nasib badanlah... jadi bahan sampai sekarang.  Huhu.

Nasib masa nak kawen tak ada scene terlampau gitu.

Macam ni barulah seronok!

video

Turun naik 10 tingkat pun tak pe.. poyo

09 December, 2009

Alhamdulillah... saya sangat suka!

Saya dah terima cek untuk ot claim sepanjang September dan Oktober lalu. Cuma untuk meal allowance je.  Tapi, oklah kan dari tak dapat apa-apa langsung.  Laaaaamaaa... dah rancang untuk beli ini...



dan ini.. hehe..


ohh... sekadar gambar hiasan semata-mata, belum survey lagi nak beli handbag apa *wink*

Memanglah saya dalam proses nak membuang lemak tepu berlebihan, tapi basikal tu bukan untuk sayalah!  Kan ada 2 roda tambahan kat belakang tu.  Hihihi..  Dapat juga akhirnya duit untuk saya belikan Muqry basikal baru seperti yang dijanjikan sebelum ni. Sebenarnya boleh jer nak beli tak payah tunggu duit claim, tapi sengaja saya nak tunggu duit tu supaya nampak hasil dari penat lelah saya kerja lebih masa tiap hari dan hujung minggu. Puas hati.

Muqry sebenarnya ada basikal, tapi dah kecil untuk dia yang dah meninggi. Jadi, basikal yang ada saya nak turunkan pada Nuryn.

Owh.. dan handbag tu bukanlah pulak untuk Nuryn ya.  Kali ni saya nak beli a very good handbag but cheap sebagai ganjaran untuk diri sendiri juga. Saya bukanlah pengumpul handbag mahupun kasut.  Sekarang ni cuma pakai tote bag murahan.  Asalnya bawa tote bag gi kerja dulu sebab nak angkut sekali Spectra pegi balik keje.  Gigih weh masa tu dengan cooler bag bagai.  Skang macam dah tak praktikal lak nak bawak beg besar-besar gi kerja.  Tiap kali, handphone bunyi, menggagau tangan cari handphone tak jumpa mungkin saya patut masuk contest yang hadiahnya bag organiser tu la.  Handbag yang masih elok, comel la sangat pulak.  Hatta nak masuk tangan yang dah tembam pun muat-muat jer. Lagi pulak handphone, purse, note book, pad bag dan segala macam lagi.

Harap-harap jadilah hendaknya acara membeli belah hujung minggu ni.  Suka, suka, suka!

08 December, 2009

Sibuk.. sibuk.. sibuk...

Ya.. sibuk, sibuk dan buat-buat sibuk.  Banyak entry yang didraft sekerat jalan lepas tu terbiar gitu jer.  Bila ada masa nak sambung mengarang, cerita sudah jadi cerita basi.  Terfikir pula idea untuk entry baru, taip, taip, taip, keadaan yang sama berulang.  Sudahnya, tiada entry juga untuk beberapa hari.  Tapi tukar templete ada masa lak yer?  Hihihi.  Anyway, saya nyampah pulak tengok template ni dari pc opis, nanti tukar asal lah nampaknya. 

03 December, 2009

New Moon

Saya baru sampai rumah dari menonton New Moon. Sesekali luangkan masa berduaan dengan suami. Ceritanya bagi saya, ok sebab saya dah baca kesemua bukunya. Kiranya apa yang saya bayangkan sebelum ni divisualkanlah. Hmm I loike.

Ok, nak tidurkan Muqry & Nuryn yang terjaga ni.

02 December, 2009

Cloth pads stash =)

Cloth pads yang saya order, sudah sampai semuanya hari ni. Macam banyak sangat bunyinya. Huahuahua.. Teruja sungguh. Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, saya mula bertukar dari dispo pad kepada cloth pad lebih kurang setahun yang lalu. Bila saya mula pakaikan anak-anak dengan cloth diaper masa Nuryn 10 bulan, saya beli juga cloth pad untuk saya. Tapi masa tu, semuanya imported. Sekeping regular pad yang paling murah harganya RM29. Jadinya, saya berkesudahan dengan menjahit cloth pad sendiri. Ya.. percayalah. Hahaha. Tapi tak banyak pun jahitnya. Sebabnya saya tak ada/tak cari jumpa fabric yang waterproof untuk dijadikan lapisan bawah. Saya cuma buat pad jenis pocket type. So, cuma sesuai untuk dipakai waktu aliran tak banyak.

Baru-baru ni terjumpa 2 web ini yang jual handmade cloth pads. Yang syoknya, local based dan harga jauh lebih murah dari imported pad. Gatal je tangan nak order. Saya beli juga beberapa keping untuk dicuba. Setakat ni tak boleh nak review tentang performance sebab belum cuba. Cuma bab pembuatan, dua-dua saya puas hati. Jahitan kemas dan pemilihan warna pun menyegarkan.

Sila cuci mata ya!







Related Posts with Thumbnails

Recent comments

Powered by Blogger Tutorials
 

Template by Maya