15 January, 2010

Apa nak buat dengan anak-anak ni?

Macam mana nak uruskan anak dengan kemanjaan yang melampau? Saya bukan bercakap pasal seorang. Tapi 2 orang anak!

Muqry (3 tahun 5+ bulan)

Bila datang manja dia atau dia nakkan perhatian, seboleh-bolehnya kena ikut cakap dia. Yang biasanya dia nak saya buat. Diulang, saya sahaja ya orang lain tak boleh. Bawa dia gi toilet; yang dia selalu cakap sebagai

“Ibu, kencingkan Muqry, Ibu kencingkan Muqry”.

Hahaha.. kelakarkan. Ataupun,

“Ibu tengok tv dengan Muqry”… “Ibu bacakan buku Muqry”

Semuanya Ibu, Abah atau Bibik nak bawakkan/ambilkan/buatkan semua tak boleh. Macam malam tadi, boleh tu dia suruh saya bukak baju yang Abah dah pakaikan dan suruh saya pakaikan semula. Anak-anak…

Kalau dah kata dia, kata dia juga. Tak boleh tidak.

Nuryn (2 tahun 4+ bulan)

Sama juga macam Muqry, kalau dia nak buang air, mesti saya yang bawak tak kira saya tengah makan pun.  Susu pun mesti saya yang buat.  Kalau bibik buat, dia boleh suruh buang dan buat lain.

Kalau kami dah naik atas nak tidur atau pun dia terjaga tengah malam nak susu, saya kena dokong dia turun bawah untuk buat susu. Wajib. Tak boleh tinggalkan kat dia kat atas. Jalan tak mahu. Dahlah berat boleh tahan.

Lagi satu, anak dara ni sebijik macam saya. Senang bangun pagi. Cuma bezanya, saya bangun pagi tidaklah pulak melalak meraung-raung macam Nuryn ni. Hampir setiap pagi, Nuryn ni akan buat drama. Biasanya saya akan terjaga pukul 6 pagi. Dia pun tersedar sama, mulalah nak t*t*k. Ok, layankan aje. Dah sampai 6.30 pun tak sudah-sudah juga. Bila saya lepaskan perlahan-lahan, dia tersedar lak. Bila mood dia baik, dia bangun tidur dan akan menonton ikut saya mandi. Tapi kalau mood dia tak baik, jadilah macam pagi tadi.

Bila dia tersedar, sebolehnya dia nak saya baring sebelah dia. Saya pujuk baik-baik, yang saya kena mandi sebab dah lewat. Tak jalan juga. Hubby kata, biarkan je dia, pergi mandi. Dari saya gosok gigi sampai sudah mandi, dia tak selesai lagi menangis. Macam-macam hal lagilah, saya nak pakai baju, nak solat, nak pakai tudung, dia suruh dokong. Dah turun bawah dia nak buku cerita pulak. Bila Abah dah amekkan satu buku, dia nak banyak-banyak. Terpaksa saya naik semula amekkan lagi buku. Pesan kat dia jangan ikut, ibu nak lari, nak cepat. Eh, tak kira nangis-nangis suruh dokong sebab nak ikut. Dah amek buku. tak cukup juga. Sudahnya saya biarkan je dia menangis-nangis ikut saya turun tangga.

Saya (tak payah umur lah kan?  Hahaha)

Ada masanya memang saya layan je kehendak budak-budak ni. Saya pun faham, diaorang jumpa saya cuma 4,5 jam sehari. Memang patutlah dia nak bermanja bila saya ada kat rumah. Lagipun Muqry beradik cepat. Masa Nuryn baby, Muqry tak berapa manja macam ni sebab dia pun kecil lagi.  Sekarang dah paham erti rindu dan cemburu. Nuryn lak, dia bf sampai sekarang. Saya percaya bonding dia sangat kuat dengan saya berbanding dengan Abahnya.

Kalau Muqry suruh saya temankan dia tengok tv, saya pun ikut sama tengok cerita kartun.

Kalau Muqry suruh saya baca buku banyak-banyak sebelum tidur, saya baca juga walaupun kekadang terlelap dan mengigau terkeluar cerita merepek. Atau pun sampai Muqry tegur suruh bukak muka surat lain sebab saya pause lama sangat gara-gara tertidur.

Kalau Nuryn nak ikut saya turun atau amek baju kat bilik belakang, saya dokong je dia macam yang dia nak. Kalau Nuryn nak saya bawak dia gi toilet, saya tinggalkan nasi yang tengah saya makan.

Tapi ada masanya, naik juga tangan saya. Atau saya kurung diaorang 10-15 saat dalam lemari. Betul… tu kalau dah sampai tahap geram yang melampau dan untuk mengelakkan tangan naik kat diaorang.. *I am a bad, bad mommy :-(* Dan ada masanya bila saya rushing, saya penat, saya pekakkan telinga biarkan budak-budak ni menangis dan teruskan jer apa yang saya nak buat. Dah selesai baru gi entertain diaorang.

Mana satu atau apa yang patut saya buat? Hubby kata saya yang spoilt anak-anak ni. Betul ke?  Bila ikutkan, menjadi-jadi pulak manjanya.  Kalau tak ikutkan tahanlah telinga dengar bunyi tangisan+teriakan tak kira masa.  Tu belum lagi adegan hentak-hentak kaki, tarik baju Ibu, lepas geram kat Ibu.  Tolonglah bagi pendapat ya.  Lagi elok kalau yang kawan-kawan praktikkan dan terbukti berjaya. 

7 comments:

~IZZAH~ said...

waaahhh mencabarnya... saya tak pandai nak bg idea kak..
saya tetiba jd berdebar membayangkan situasi saya 1 hari nanti bila dah ada 2 atau lebih anak... hahaha

m-i-o said...

ahahahah! aku tak payah nak tunggu 2 org - yang sorang ni pun rasa macam 10 org. eh, melampau pulak analogi aku ni :P

aku pun sama je. ada masa memang aku lepuk - pujuk tak jalan, marah tak jalan - hah, kena lepuk baru paham. itu memang dah geram tahap dewa la tu. ada masanya jugak, aku macam hilang perasaan tau - biar je dia menangis - pastu tetiba dia berhenti menangis sendiri.

tp bab kurung dlm lemari tu aku tak pernah cuba lagi. toksah buat la part kurung tu. scary! kang diorang ingat ibunya psiko :P

anyway, aku tak rasa bab manjakan tu dikira sebagai spoilt the child. pada aku yg bab spoilt tu kalo kita 'gantikan' diri kita atau 'tebus' masa kita dengan kebendaan yg mana benda tu la yg akan merosakkan diorang. budak2 ni cuma nak attention kita je.

apa salahnya kita berbangga sekejap sebab kita sbg ibu tetap jadi juara carta? but of course kena tahan la bab diorang nak berkepit je tu. huaaaa, cabaran gile!

aku sometimes bila hubby keje weekend - masa tu la paling heaven. kahkahkah! tak payah nk pikir nak masak cepat, nak kemas cepat. aku dgn ziyad bantai baring2 lepak2 depan tv. bersantai2. masa tu takde pulak ziyad nk meragam. ajaib, kan?

me_czar said...

Izzah :
Hahaha... jadikan entry ni sebagai persediaan. Tapi bab tangankan & kurung tu toksah le ikut ya..

M-I-O :
Bila aku berlaku jujur dan terang² cerita kat sini aku hukum diaorang dengan kurung dalam almari, baru terasa teruk betullah aku ni! Selama ni tau² sendiri jer tak de lah rasa bersalah sangat.

Memang lepas aku publish post ni hari tu, terasa nak stop la buat camtu. Tah hape² ntah la aku ni. Habis kalau dah geram, kadang² hilang pertimbangan.

Paling kuat pun aku nak buat skang, ignore je lah. Tapi anak-anak aku nih, kalau aku buat tak tahu, tak pernah pulak berhenti nangisnya. Lagi nangis terlentang terguling ada lah.

Betul.. bangga sebenarnya. Walaupun ibu diaorang ni kadang² bertukar hijau, ibu jugak jadi pilihan hati. Muqry tu kalau nak tidur, mesti nak aku peluk. Ko just bayangkan dengan Nuryn bf sebelah, Muqry sebelah nak berpeluk. Sakit pinggang aku weh.

Tapi, bila diaorang dah besar nanti, dah tak nak berkepit dengan aku lagi. Pasti saat² ni yang aku rindu sesangat. *kena beradik la kot masa tu. hahahaha*

nonnie78 said...

salam.

"Lagi satu, anak dara ni sebijik macam saya. Senang bangun pagi. Cuma bezanya, saya bangun pagi tidaklah pulak melalak meraung-raung macam Nuryn ni." statement ni rasanya ko kena rujuk pada mak ko masa ko kecik2 dulu.. hahaha.. gurau ek!

well, utk orang macam aku yang beranak ramai *huh!* rasanya mcm tak cukup masa nak melayan kerenah semua anak serentak. mmg ada je yg tak kena kalau semua orang bercakap. masa tu bukan hati je sakit, mata, telinga, jari-jemari pun turut sama sakitnya. apa yg aku praktikkan selalunya, aku adakan aktiviti tuk semua join. slalunya tanpa kehadiran si ayah kerana kerja tak tentu masa ie. malam pun kena kuar keje (lepak cari project ngan kengkawan. aktiviti yg slalu aku buat tonton movie yg dorang SEMUA suka. mcm skang ni SHREK sambil aku explain apa yg jadi kat shrek n fiona tu, sambil nyanyi lagu Du Loc tu sesama. in the same time aku buat hse chores yg terdaya, lipat baju, iron baju. bab makan slalunya jatuh di tangga terakhir di mana aku terpaksa mendukung si Manja dalam keadaan men*t*k atau berbagai gaya.
tp kadangkala ada gak aku lepuk2 manja, jentik2 dorg sebab mana bleh blah kalau asik nak bergaduh je sesama sdr. sora aku jgn citerlah.. kalah George of The Jungle.. soal spoilt anak tu orang lelaki ni tak bleh salahkan kita sebagai ibu sbb dorang tak dok 24jam ngan anak (maksud aku hari cuti kan kita asik bersama anak2), biasanya aku ignore je apa hb aku cakap sbb tanpa aku dia ingat dia bleh handle anak2 ker???

boleh atau tak boleh, kita kena juga hadapi situasi kronik camni. ada org kata time management kena pandai. tp disebalik tu kena igt juga, kita manusia, bukan robot yang boleh setting what to do and when to do. ada masa kita juga sakit. ada masa kita juga penat. so, buat takat yang terdaya dan bykkan berzikir. petua Nabi SAW, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar itu adalah pengubat segala kepenatan. amal2kanlah... moga mendapat ketenangan disamping beroleh keberkatan. insya Allah..

p/s : kalau nak beranak baru, sekarang pun boleh.. hihihihi.. tak yah tunggu muqry n nuryn besar..

me_czar said...

Nonnie :
Wah... lama tak jumpa. Rindu! Bila nak berbelog nih?

"Cuma bezanya, saya bangun pagi tidaklah pulak melalak meraung-raung macam Nuryn ni."

Itu merujuk keadaan sekarang. *Apa kes lak dah tua-tua bangun melalak kan. Hahahaha.*

Tak setuju pendapat Mr. Hubby tu pun, tak boleh gak. Sebabnya kalau anak² dengan Abahnya, well behave sikit. Contoh, kalau abah mc kat umah, bila abah soh diaorng turun main kat bawah. Ikut lak cakap. Cuba kalau Ibunya, mahu menangis² suruh Ibu tidur kat bawah.

Ada beberapa aktiviti je budak² ni boleh buat sesama. Contohnya berendam dalam pool. Tapi takkan aku nak biarkan berjam² lak diaorang dalam tu. Yang aku perasan, diaorg ni cemburu. Kalau Muqry suruh teman tgk tv ngan dia, time tu gaklah Nuryn nak ajak naik atas tidur.

Kalau Muqry suruh berdiri depan bilik air tunggu dia melabur, time tu jugak Nuryn ni pun nak melabur sama. Padahal bukan ada apa pun. Tak boleh tengok sorang lebih.

Kalau naik kereta, ada masa Nuryn nak duduk depan. Muqry pun tak boleh kalah. Jadi, pindahlah aku dok belakang jadi mem besar.

Kena banyak sabar je layan anak² camni. Skang belum cukup sabar lagi, masih terjerit² gak ala Tarzan

mirah said...

Bagi mirah, tgk pd keadaan, ada masa biar je dia nangis sampai berhenti sendiri, biasnya diaorg ni tak lama pun nangis. Bila dah redha baru explain.

Bab berdukung, kalau si kakak mmg tak layan lah, tp ajak pimpin tgn dia. Kalau si adik buat salah, saya pukul sket tgn dia, ckp jgn buat mcm tu, pukul budget tak sakit sgt lah, cuma nak ajar yg dia tak boleh buat macam tu.

Saya rasa saya kuat gak membebel. Haha so far, aisyah ni agak pyh nak terima kalau saya suh dia tunggu kalau dia nak sesuatu. Tgh proses menguruskannya ni..

mama amana said...

mmm..
amana caman yek..
masa jaga budak berdua tue mmgla mencabar..dahle baru 44 hari habis pantang.. rasa nak terkoyak jahitan buat mcm2 keja..paling tak tahan kejelesan si amana kat arief yg masih baby ne..

tapi so far ok. pagi2 tak buat hal kecuali dia sakit je.. arief tepat jam 6.30 nak menyusu.. si amana kejut jelah bangun utk g scholl dia akan bangun..

kadang2 dah buat mcm2 penat jugak nak melayan permintaan dia.. kalau dah penat sangat alihkan permintaan dia..amana suruh baca buku..tapi mama dia cakap mcm ne "amana, mama penat.amana tgok cartoon boleh?"
dia tgok lah cartoon kalau dia paksa jugak baca ..buat2la baca tapi kejap jelah habisnye..hehe

arief belum tau lagi peelnye sbb baby tapi arief meyusu walau bukan sepenuhnya..ini pun dah nampak gaya2 manja sbb kadang2 papanya pujuk2 tak jalan tapi bila bagi t*t*k diam pulak..

Related Posts with Thumbnails