11 January, 2010

Bencinta

Wah, wah, wah… saya berpeluang menonton Anugerah Juara Lagu dari mula sampai habis malam tadi. Sesuatu yang sangat-sangat luar biasa. Tapi kelainan dari biasa tu bukannya sebab AJL itu sendiri tapi sebab saya dapat menonton tv tanpa gangguan dari anak-anak setelah sekian lama hanya menonton Playhouse Disney Channel di malam hari. Serius, dah lama sangat saya tak tengok tv tau. Muqry kemain lagi conquer tv tiap-tiap hari. Kalau tak tengok PHDC, tengok dvd Magic English.

Saya suspek penangan ubat selsema dan batuk yang membuatkan anak-anak tidur tak banyak ragam. Oh.. bukan niat saya nak bagi ubat tidur ya. Elok je Nuryn tidur kat pangkuan. Kalau ikut biasa, nak bergantung setengah jam dulu baru boleh lena. Muqry pun tak banyak songeh macam selalu. Baring je sama-sama dia depan tv, tepuk sikit-sikit dah lena.

Nampak sangat saya ni dah ketinggalan keretapi. Banyak lagu-lagu yang dipertandingkan malam tadi saya tak pernah dengarlah. Termasuk lagu juara tu. Nasib saya tahu lagu Yuna tu. Sukalah tengok persembahan dia malam tadi, bersahaja! Yang lain-lain, bolehlah layan… buat hilang penat ‘hari besar’.

Persembahan Tok Ti sebagai pembuka acara, memang memukau. Meremang bulu roma dengar suara dia. Memang best. Cuma part selingan tu saya ingat Search nak nyanyi lagu meletop Isabella, rupanya lagu Pawana. Tapi lagu tu pun best jugak. Tapi antara Search dengan M.U.H tu macam jauh sangatlah gapnya. Bukan ke patut ada Exist atau KRU (rap aci tak?) di tengah-tengah?

Tapi yang tak seronoknya, mata saya dapat menangkap saat-saat si Hitam bergesel pipi dengan Cik (Puan?) mentor dia tu. Rasanya orang lain pun mesti perasan gak kan. Hmmm… kemenangan satu anugerah di pentas dunia, boleh buat orang lupa hukum-hakam, halal-haram ya.

2 comments:

salzahari said...

tahun sebelum itu Nabil dan Irma.. thn ni pembukanya si Hitam..tp ada gak gossip celupar tuduh si Cik / Puan tu 'maknya'...

me_czar said...

Salam kenal Salzahari...

Diaorang ni lupa, bila dah jadi artis ada banyak mata yang memandang.

Tak pernah lak saya dengar gossip yang tu.

Related Posts with Thumbnails