06 January, 2010

Jangan tegur


Kisah ala-ala seram 1

Muqry terjumpa lirik lagu CD I look I see 2 dan mintak saya nyanyi lagu-lagu dalam tu. Sampai lagu Syaitan, Muqry potong nyanyian saya

Hari tu Muqry nampak syaitan kat kereta kancil tu

Siapa yang bawa kereta? Kat mana Muqry nampak?

Abah yang bawak. Syaitan tu duduk dekat tingkap, dia tengok je Muqry.


Kisah ala-ala seram 2

Suatu petang kami sampai rumah dah waktu Maghrib. Saya pesan kat Muqry dan Nuryn cepat-cepat masuk rumah, dah waktu Maghrib ni banyak syaitan kat luar.

Nak tahu apa Hubby cakap lepas dia masuk?

Yang, Muqry cakap Syaitan tengah main-main dengan friend dia kat luar. Dia siap count ada berapa. Seven kot.


Kisah ala-ala seram 3

Azan Maghrib sedang berkumandang dari surau berhampiran. Saya dalam bilik bersama anak-anak. Tiba-tiba…

Muqry nampak syaitan la ibu.

Kat mana Muqry nampak?

Tu kat tingkap tu (sambil tunjuk tingkap kat bilik bertentangan)

Ye ke? Ada lagi tak dia kat situ.

(Tercari-cari kat bilik tu…) Tak ada dah.


2 kisah kat atas tu tak horror sangat sebab masa saya tau dah berlaku dah pun. Tapi kisah ketiga tu meremang lah gak bulu tengkuk. Betul ke Muqry ni boleh nampak ya? Musykil juga dengan cerita-cerita dia ni. Memang lah Syaitan tu ada dimana-mana nak menyesatkan anak Adam ni, tapi kalau sampai dah boleh nampak, seriau juga. Memang ada orang kata, budak kecil ni memang boleh nampak benda-benda ni sampai satu peringkat umur. Selagi tak memudaratkan tak apalah rasanya.  Tapi janganlah asyik ditegur. Huhu.

2 comments:

Zety Zin said...

hoho saya saspek irma pun boleh nampak. selalu jugak le dia sebut 'antu... antu...' pastu tunjuk kat satu-satu tempat. huuu meremang bulu roma!

me_czar said...

Nuryn pun pernah cakap sekali masa kat rumah PIL kat langat,

"ada hantu kat tingkap, dia main ketuk-ketuk".

Bila kitaorg cakap, adik suruhlah hantu tu pergi.. dia membebel-bebel marah sambil tunjuk-tunjuk kat tingkat.

Tak dengar la apa yang dia bebelkan, agaknya dok suruh benda tu pergi la kot.

Nuryn sekali tu je la. Muqry yang selalu.

Related Posts with Thumbnails