26 January, 2010

Lagi...

Dulu dah pernah jadi.  Sekarang jadi lagi.  Dulu cuma bertahan beberapa hari.  Kali ni dah nak masuk 4 minggu.  Apa tu? 

4 minggu Muqry tanpa botol susu.  Masih sebab yang sama.  Bila teat botol dia yang dah koyak sebesar mulut buaya tu saya tukarkan dengan yang baru.  Langsung tak nak dia minum susu guna botol tu.  Bila dah tak guna botol, tak de maknanya nak minum susu guna cawan.  Susu masih ada 1 1/2 peket yang belum diguna.  Hmm.. tetiba dapat idea nak guna susu tu buat muffin.

Beberapa minggu ni kami belikan Solivite, susu kotak Dutch Lady dan yang sejenis dengannya.  Ganti  balik kalsium yang dia tak dapat dari susu.

Tapi risau juga saya bila mak saya kata Muqry macam dah kurus sikit.  Saya yang tengok hari² ni tak perasan pun.  Agaknya sebab dah makin lasak.  Makan pun ikut mood dia.  Tapi yang lebih saya risau, Nuryn.  Nanti ada masa mengarang lagi.    

No comments:

Related Posts with Thumbnails