31 January, 2010

Madulia

Hehe... bukan madu kepada Lia ye.. *hehe.. sorry Lia*.  Tapi produk dari HPA untuk melegakan batuk.


Saya ni dah beberapa hari batuk.  Bila tiba gatal.. nak bercakap pun susah.  Memanjang batuk aje.  Tak ingat bila Hubby bawak balik Madulia ni.  Cuma sesekali je saya minum sebab tak tahan rasa cengkih pada ubat ni.  Tapi bila dah dekat sebotol ubat batuk farmasi saya makan, batuk tak baik² jugak, saya makan Madulia ni dengan konsisten.  Masuk hari ke dua, dah kurang sikit batuk².  Itulah.. masa awal² tu banyak songeh sangat.  Huhu...

Dipetik dari duniaherbaHPA.com,

Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA.

Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.


2 comments:

ZuraidiZainol said...

oo..produk baru ke Madulia nie. Boleh try pasnih.

me_czar said...

Zuraidi :
Hmm.. kalau ikut web site HPA tu produk baru ni.. Alhamdulillah, saya serasi dengan Madulia ni. Cubalah

Related Posts with Thumbnails