31 January, 2010

Pecut kecut

Apakah perasaan anda bila berhadapan situasi begini...

Suami anda sedang memecut pada kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya, 110km/jam.  Perjalanan lancar lalu anda pun ambil peluang melelapkan mata.  Anda terasa suami menekan brek secara tiba-tiba.  Walaupun bukan brek mengejut sehingga anda meluru ke depan, anda tergerak juga nak buka mata.

Apa yang anda nampak sebaik saja membuka mata, ialah bontot sebuah kereta yang jaraknya tak sampai semeter di depan anda.  Hah, apa agaknya yang terjadi?  Apakah yang anda akan rasa?

 

Terjadi pada saya semalam.  Kami dalam perjalanan dari Senawang nak balik ke rumah.  Sungguh kecut perut.  Nampak macam dah nak cium bontot kereta tu.  Dekat sangat dari pandangan mata saya.  Padahal tak der lah seteruk itu sebab saya kan tidur, tak tahu apa yang berlaku atas jalan.  Elok je buka mata itu yang saya nampak. 

Syukur Alhamdulillah tak ada apa-apa.  Tapi memang sampai ke sudah saya berdebar-debar *konon...  boleh sambung tidur jugak lepas tu. Hehehe*

No comments:

Related Posts with Thumbnails