29 January, 2010

Semoga saya tidak jadi seperti Mat Jenin

Hahaha.  Saje nak letak tajuk panjang².


Sejak 2 minggu lepas, saya semacam dapat semangat nak buat needlecrafts secara serius.  Mungkin sebab saya dapat beli tools yang saya nak.  Juga dapat ilham hasil pengembaraan ke seluruh dunia *blog hopping daa...*.  Dan tidak lupa sokongan beberapa rakan yang sangat yakin dengan saya.  Baru kata nak buat sekian², diaorang dah place order dulu.  Tapi jadual saya yang padat dan kesihatan yang tak berapa baik membuatkan usaha tu agak perlahan.  Saya juga tak berani ambil order.  Takut tak terbuat.  Bairlah saya buat perlahan² tanpa tekanan nak meet the deadline.

Saya mulakan dengan menjahit sarung bantal beropol yang telah berbulan tertangguh *dah tu susah sangat nak buat ropol tu ;p*.  InsyaAllah projek seterusnya akan dimulakan malam ini.  Doakan lah saya berjaya istiqamah kali ni.  Harap² masa akan menyebelahi saya.  Tak mahulah setakat angan² macam Mat Jenin aje.

2 comments:

angah iza said...

jgn jd mat jenin tau...hehehhe
x elok tok kesihatan :P

me_czar said...

angah iza :
Alhamdulillah tak jadi mat jenin setakat ni. Gigih mengahdap mesin jahit. Dapatlah siapkan 1 wristlet clutch & 1 hair clip. Hehe.. sikit² lama² jadi bukit..

Related Posts with Thumbnails