06 January, 2010

Suatu masa

Entry M-I-O ni membuatkan saya terkenang juga nostalgia lama.

1986

Saya memulakan persekolahan ketika berumur 6 tahun di Tadika Kemas, Berek Polis Pudu. Kami memang pernah tinggal kat berek sampai umur saya 4 tahun tapi masa tu dah pindah kat Serdang. Disebabkan kat Serdang belum ada sekolah lagi masa tu, kami (saya dan kakak) disekolahkan kat KL. Kami transit kat rumah pengasuh yang dipanggil mama sebelum ayah dan ibu jemput lepas waktu kerja.

Hari pertama sekolah saya tak ingatlah. Tapi yang saya ingat, saya memang tak makan makanan kat tadika. Biasalah, kalau tadika kemas ni kan sekolah makan-makan. Asalnya saya makan tapi satu hari tu, cikgu hidangkan sup sayur. Sebagai seorang karnivor yang tak makan sayur, saya dah berpeluh-peluh fikirkan camne nak habiskan sup sayur tu. Kalau tak habiskan nanti cikgu marah. Toing!! Saya dapat satu idea yang saya fikirkan bijak tapi rupanya tidak. Hahaha. Saya telan jer sayur-sayur tu bersama sup.

Tapi, tekak dan perut saya yang ‘vegetables intolerance’ ni telah memuntahkan kembali seketul-seketul sayur yang ditelan itu. Sudahlah mematahkan selera kawan-kawan yang lain, cikgu pula terpaksa menahan muntah sendiri demi membersihkan muntahan saya tu. Huhu..

Sejak itu saya bertobat, tiada lagi makan-makan di tadika makan. Walaupun ada ketikanya saya menelan air liur yang hampir meleleh melihat kawan-kawan dengan rakusnya makan cekodok kentang hingga menjilat jari. Oh sadisnya, kesian saya! Tapi terlajak perahu bolehlah diundur, terlajak kata… alamatnya perut sendiri yang berkeroncong.

Lagi satu yang saya tak boleh lupa.. perjalanan dari Serdang ke Pudu mengambil masa kira-kita 40 ke 45 minit. Saya gunakan peluang itu setiap pagi untuk tidur dalam kereta. Dan hampir setiap hari bila sampai tadika saya akan…. bluekkk dalam longkang tepi sekolah. Itulah saya ketika itu, seorang budak tadika yang kurus lagi lombikk. Hahahaha.

Nantikan kisah nostalgik lain pula di entry akan datang. Itupun kalau saya ada masa mengarang ya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails