19 January, 2010

Tak mungkin

Nuryn tantrum lagi pagi tadi. Masih sebab yang sama,

“Nak t*t*k banyak²”.

Maksudnya nak bf lama-lama sebab saya ada mentioned bf jap jer bolehlah sebab Ibu nak pergi kerja dah.

Bingit dengan tangisan Nuryn yang tak henti. Hubby berikan usul ini

“berhentikan je lah t*t*k. Letak kopi kat ‘situ’ biar dia rasa pahit. Biar dia berhenti”.

Sentap saya dengar.

Nak wean off Nuryn ker? Secara ‘paksa’ begini? Tak sampai hati…

Dilema.

6 comments:

mama amana said...

mm..
mesti sedih nak beentikan lepas 2tahun meyusu..

mas akita pantang kita terpaksa makan jamu sbb kita mmg tak sihat. tapi bila makan arief berak2.sudahnya dalam terpaksa kita makan 3 hari je.. tak mo makan lama2.. rasa sihat je 3 hari dah berenti makan jamu. dalam 3 hari tuelah berperang dgn perasaan sbb bila arief nangis malam2 je salahkan diri sbb rasanya arief rindu nak menetek..

tapi kalau dah besar 2thn setengah takpelah kot sbb dah 2 tahun.

ada pilihan kalau tak nak stop megejut.. kena ubah perangai dialah..ajar dia supaya tak meragam.. tapi nak ajar supaya tak meragam pun mencabar jugak.mana satu lagi susah pisahkan susu / ubah perangai dia? arghhhhhhhh dua2 pun susahkan? hehe

Zety Zin said...

maybe boleh kurangkan sikit2 kot. try bagi susu kotak dulu ke as breakfast.

me_czar said...

Mama Amana :
Nanti kita sembang kat phone eh

Zety :
Memang dah mula minum formula milk + soy lepas 2 tahun hari tu. Bf cuma bila saya ada kat umah. In fact pagi tadi dah buatkan susu. Tapi Nuryn tak nak, nak bf gak. Padahal sebelum tu dari 6.15 - 6.35 kot dh bergayut. Dia nak comfort je.

m-i-o said...

hmmm. aku slalu bdepan dgn situasi ni. tp sbb bos tak pernah tegur punch card aku MERAH sokmo, jadi aku layankan aje. setakat 1/2 jam lewat, aku boleh buat muka saden lagi masuk opis. pastu masa lunch aku gantila balik 1/2 jam tu dgn bekerja bsungguh2. aci tak bos?
*bos angguk tanda setuju* :P

tp bukan tiap2 hari nuryn macam tu kan?

macam anak aku, bila dh cecah pukul 8pg pun nk bgayut gak - aku mandikan dia trus, bancuh susu dn pass dia kat nenek utk bfast. tetiba dia lupa kat nenen!

tak pyh wean dulu la ya? utk nuryn, dia kena bf sampai 4 tahun (cover yg muqry punya). hehehe!

chilun @ cik pau @ bibimie said...

masih banyak susu lagi ker? masih pam? anak i baru 4 bulan stok skang nih pun dah semput2... harap2 dapat laa exclusive 6 bulan pastu panjangkan lagi ke 9 bulan... pastu setahun... kalau boleh dua tahun. paling lama tu pun kak ngah dapat minum sampai umur 9 bulan. lepas tu terwean sebab gi jepun 3 minggu. balik tu dia masih ingat lagi tapi susu plak dah tadek. tak lama lepas tu preggy langsung tak isap dah.... huhuhu...

me_czar said...

m-i-o :
Lepas Hubby cakap camtu, elok pulak Nuryn. Tak de bangun mengamuk nak bf pepagi. Agaknya dia terdengar kot. Huhu..

Memang tak nak wean off dulu buat masa ni. Biarlah dia berhenti sendiri.

Bibimie :
Tak tahulah banyak ke tak. Bila tanya Nuryn, kekadang dia kata banyak. Kekadang dia kata sikit. Lepas dia 2 tahun hari tu dah tak pam lagi. Masa tu dapat 1.5-2 oz sebelah tiap kali pam. Dah tak banyak.

Related Posts with Thumbnails