25 February, 2010

Burung

google pic

Cantik kan?  Sape tau ni burung apa? 

Ini burung Raja Udang atau Kingfisher.  Dulu masa kecik-kecik kat kampung saya kat Sri Gading, Batu Pahat, selalu nampak burung ni lepak tepi sungai nak tangkap ikan.  Sekarang langsung tak pernah nampak dah.  Kat Serdang jangan haraplah..  gagak je yang banyak.  Kadang-kadang adalah sekor dua helang terbang tinggi.  Itupun jarang-jarang.

Tapi saya bukan nak cerita pasal  burung ni sebenarnya.  Panjang pulak mukadimah ya.  Saya nak cerita tentang burung ni....

.

.

.

.

.

"Adik nak baby yang ada bird"

Hehe.  Siap tersipu-sipu, meliuk lentok Nuryn nak jawab masa saya tanya dia nak baby apa.  Sebelum ni pun bila tanya dia cakap nak baby boy.  Tapi semalam siap emphasize 'bird' tu.  Maknanya memang betullah dia nak adik lelaki. 

Hohoho... jangan salah faham, belum berisi lagi.  Tapi rasanya saya dah bersedia nak jadi Ibu beranak 3!  Mungkin tahun depan?  Mudah-mudahan ada rezeki.

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails