11 February, 2010

D' Muar, Kajang

Malam tadi kami dinner kat D’Muar, salah satu restoren antara beberapa restoren yang bertentangan dengan KPJ Kajang. Rasanya malam tadi tu kali ke 3 kami ke sana. Selalunya saya makan mee bandung. Specialty menu kat situ kalau tak silap. Boleh tahanlah rasanya. Tapi kalau nak compare Mee Bandung Muar atau Mee Bandung Batu Pahat, memang tak boleh lawanlah.

Malam tadi teringin nak makan menu lain lak. Hubby order Char Kuew Tiow dan saya order Sizzling Yee Mee with Chicken, Mushroom & Egg. Mee saya sampai dulu. Presentation out. Saya expect telur dengan kuningnya ala-ala separuh masak gitu. Siap boleh goyang la kiranya telur tu. Hehehe… Tapi bila sampai je kat saya, tak nampak pun macam ada telur sebab telur dah hancur.

Nyum..nyum.. macam ni barulah best!
(Pic source from Google)

Rasa… tak best pun. Macam ada yang tak kena. Tapi tak taulah apa, mungkin kuah atau ayam yang tak fresh.

Half way makan, Nuryn nak terkucil pulak. Terpaksalah bawak gi toilet yang terletak kat belakang area buat air. Seriously sangat kotor. Tak hygienic langsung. Area kat tempat buat air, kat luar toilet, dalam toilet. Nuryn pun melepaskan hajat dengan muka tak selesa.

Bila balik tempat semula, tengok Hubby pun dah makan separuh dari Char Kuew Tiow dia tu. Nampak macam sedap tapi rupanya tawar. Tak rasa garam langsung. Boleh tu Hubby makan jer tak complaint apa-apa. Kalau saya tau, sure saya suruh diaorang masak lain. Tensi, tensi…

Kesimpulannya dari hal malam tadi, saya tak mahu lagi makan kat situ. Period.

p.s : Kepada peniaga kedai makan, saya minta tolong sangat-sangat, silalah jaga kebersihan tempat penyediaan makanan dan minuman anda. Juga kebersihan orang yang menyediakan makanan. Sediakanlah juga pekerja untuk bersihkan tandas dari masa ke semasa. Pelanggan happy, perniagaan pun bertambah maju.

2 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

alamak... ada jugak tingin nak singgah... dah u kata gitu alamat mmg kensel lah... huhuhu...

me_czar said...

Memang ramai orang makan kat situ. Tapi kalau diaorang mengalami apa yang saya alami, pikir 2,3 kali gak kot nak gi lagi.

Kena cari kedai mee bandung lain lah.. :(

Related Posts with Thumbnails