09 February, 2010

Lagi kisah isteri

Cerita tadi membuatkan saya rasa nak kongsi sesuatu.

Tak semua suami yang sanggup berkongsi susah-senang dengan isteri. Dah banyak saya baca kisah rumah tangga yang mana bila suami jatuh terduduk, isteri bergolok bergadai membantu suami. Tapi bila suami dah berjaya, isteri yang setia tu lah yang tak dihargai, dihina, etc. (syukur Hubby bukan begitu)

Bagi kita wanita anggun berkerjaya nih, kita ada advantage. Haruslah ada simpanan sendiri. Janganlah pulak bila suami dah jalankan tanggungjawab menyara keluarga & bagi nafkah, kita boros pulak berbelanja duit gaji kita tu. Bukan kata sebab suami curang jer, tapi atas sebab lain gak. Tak boleh kita bergantung sepenuhnya pada suami. Andai kata suatu hari nanti apa-apa terjadi pada suami, at least kita ada simpanan nak bantu suami atau memulakan hidup baru bersama anak-anak.

Kisah terjadi dengan kenalan saya..

Suaminya kerja makan gaji. Bila ada modal dan dah ada contact, suami ambil keputusan berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Masa mula-mula dapatlah untung dan merasalah jadi OKB. Ingat bila dah berduit, dapatlah anak isteri tumpang rezeki sama.. Rupanya suami nak meluaskan lagi lingkungan penerima rezeki tu… Apa lagi kalau bukan nak tambah cawangan. Gadis yang bertuah… jeng.. jeng.. jeng.. Anak dara katanya dari negara seberang. Isteri mintak dilepaskan sebab tak mahu berkongsi.

Dengar ceritanya sampai dah bawa balik ke rumah.. Allah tu Maha Adil, diberinya sakit pada suami supaya suami sedar akan kesilapan. Sepanjang setahun sakit, girlfriend import ntah ke mana menghilang, isteri yang itu jugalah ikat perut menyara keluarga di samping menjaga suami yang sakit. Simpanan memang tak ada. Duit suami semua dah dibelanjakan untuk tackle makwe.

Dugaan Allah datang lagi, lepas baik dari sakit, suami isteri ni ditimpa kemalangan. Alhamdulillah isteri tak de apa-apa. Tapi suami jadi bengong sikit dan tak bekerja selama 5 tahun. Sepanjang 5 tahun tu, isteri ni lah dengan gaji tak seberapa memberi makan 5 orang anak. Simpanan habis, hutang lagi keliling pinggang. Suami tau hulur tangan saja mintak duit rokok. Disuruh makan gaji, banyak sangat songehnya. Tak mau kerja yang susah, yang penat.

Akhirnya isteri usahakan supaya suami ni diterima bekerja majikan lama. Bila dah dapat kerja, dah dapat pegang duit sikit, mulalah lupa pengorbanan isteri. Diungkit-ungkit pasal duit jual tanah yang isteri habiskan untuk bayar hutang kad kredit sepanjang 5 tahun suami tak kerja.

Sepanjang melalui hidup yang serba susah, isteri ambil keputusan sambung belajar lagi. Tiada sebab lain melainkan nak memohon kerja yang lebih baik. Tak mahu lagi ikat perut dan berhutang sana sini menjelang hujung bulan. Di usia lewat 30an, kuat betul semangat isteri nak memajukan diri. Tiap kali exam, pointer atas 3.50 jer. Memang saya salute betul dengan dia.

Tu pun suami tak puas hati, dikatanya isteri dah besar kepala, ada orang lain dan macam-macam lagi. Langsung tak dihargai apa yang isteri dah buat. Siap ugut nak cederakan isteri kalau isteri ni keluar rumah pergi bekerja atau pergi kelas. Akhirnya isteri ni dah tak tahan, diluahkan semua pada suami. Apa yang dia rasa bila suami abaikan tanggungjawab menyara keluarga, bila suami mengungkit setiap sen yang dia belanjakan. Kata putus, si isteri minta dilepaskan kalau suami tak rasa boleh lagi menjadi ‘suami’. Biarlah dia seorang yang menyara anak-anak. Memang itu yang dia buat pun sepanjang beberapa tahun.

Bila isteri dah cakap macam tu baru suami ni tergamam. Mungkin tak sangka isteri begitu berani nak hidup tanpa dia. Baru kau tahu. Padan muka! Alhamdulillah, suami macam tersedar atau mungkin dia yang rasa tak boleh hidup tanpa isteri. Dia janji nak berubah. Dengar ceritanya, gaji suami pun dah naik sikit, dah tak harap duit isteri lagi. Menurut isteri, lepas kejadian tu, suami memang nampak perubahannya. Saya tumpang gembira untuk dia walaupun anak-anak dah tak kisah kalau tak ada bapa.


Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Kali pertama saya dengar luahan rasa si isteri, saya memang terharu. Begitu besar pengorbanan yang dia buat, begitu kuat semangatnya. Begitu pandai dia menyimpan masalahnya… sangat happy go lucky kalau kita tengok dia. Rupanya dalam hati penuh sengsara. Semoga suaminya betul-betul berubah.

Pesanan untuk para suami,

Hargailah isteri selagi dia disamping anda. Isteri tak minta lebih, cuma letakkanlah isteri ditempat selayaknya seorang isteri…

Ingatan untuk para isteri,

Walau tinggi mana pun kerjaya kita dari suami, jangan dilupakan letak duduk kita sebagai isteri.  Selagi tidak disuruh buat sesuatu yang bertentangan dengan akidah, syurga kita masih di bawah kaki suami. 

3 comments:

bakal graduate said...

apa2 pun mslh kembali kpd asas..iaitu agama

BULLET said...

sebab tu bullet xmengaku ade bapak...

me_czar said...

bakal graduate :
itulah yang sepatutnya. Tapi kalau asas agama tu sendiri dah goyah, timbullah masalah macam ni; suami tak tunaikan t/jawab

Bullet :
Erk.. macam serius je bunyinya. Tapi itulah.. seburuk² ayah, sebagai anak kita masih perlu hormat kat dia. Tuntutan agama.. jangan lupa tu.

Related Posts with Thumbnails