10 February, 2010

Oh La La

Pagi ini di Detektif Era, Aznil dan Din Beramboi menemubual Norman KRU. Kalau belum pernah baca entry ini, suatu masa dulu saya sangat.. er… gilakan kumpulan KRU. Hahahahaha. Kiranya memang minat habis lah… semua album diaorang saya beli, tu belum kira merchandise macam t-shirt, note book. Hihihi. Masa tu lah… time budak hingusan, time belum berpunya.

Seonok pulak dengar balik lagu-lagu lama KRU. Era siarkan lagu Awas dan Ohh La La sepanjang temubual tu. Tak sangka… saya masih ingat lagi lagu-lagu tu. Cuma part rap jer tergeliat lidah. Padahal dulu siap boleh rap sama (konon bangga sangat ;p). Tengah syok sing along lagu Oh La La…

“Pengumuman kepada pengguna terowong Smart…”

Ceh, petugas SMART dah enterframe transmission sebab nak bagitau Jalan Tun Razak sesak. Macamlah hari lain lancar je trafik. Potong.. potong…

No comments:

Related Posts with Thumbnails