12 February, 2010

Rawatan kecantikan di rumah, anyone?

Daripada barangan penjagaan wajah dan badan berjenama yang mahal², jom kita bertukar kepada produk penjagaan DIY dengan cuma menggunakan barangan dapur.

Tapi itulah, kena konsisten.  Kalau setakat 3, 4 bulan sekali baru nak buat macam saya, payahlah nak tengok hasilnya.  Saya share beberapa resepi saya pun teringin nak cuba.

Masker betik

Boleh membantu mengurangkan kedut-kedut di wajah dan menjadikan wajah lebih relax.  Betik ni ada enzim yang menyamai alpha hydroxy acid yang biasa digunakan dalam alat kosmetik yang katanya dapat mengurangkan kedut.  Jadi sesekali jom kita tepek masker nih.

Bahan-bahan :
  • 3 sudu besar betik masak yang dikisar
  • 1/3 cawan oat
  • 1 sudu besar madu
Cara-cara :
  • Campur kesemua bahan
  • Tepek kat muka selama 5 hingga 10 minit
  • Bilas dengan air suam

Pelembab rambut madu

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan madu asli
Cara-cara :
  • Urutkan pada kulit kepala dan rambut
  • Biarkan selama 15-20 minit dan tutup kepala dengan tuala panas
  • Bilas

Skrub kaki dan tangan

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar light olive oil (jangan gunakan extra-virgin, boleh jadi melekit sangat nanti)
  • 2 sudu besar gula kasar
Cara-cara :
  • Gosok adunan tu pada tangan dan kaki
  • Bilas dengan air suam dan lap kering

No comments:

Related Posts with Thumbnails