25 February, 2010

Tunggu kami datang...

Saya akan ke sini esok.  Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke tempat ini.  Dah 8 tahun saya tinggalkan tempat ini.  Tempat saya menuntut ilmu selama 4 tahun.  Tempat yang banyak menyimpan kenangan antara saya dan Hubby juga.  Serasa masih terhidu bau masin air laut sepanjang perjalanan ke pusat bandar.  Ececeh..

Kalau boleh nak pergi semua tempat yang saya pernah pergi dulu...  tempat makan tepi pantai, tempat cari VCD Kuch Kuch Hota Hai (gigih beli walaupun tak ada sub-title), tempat cari buku, komplek bebas cukai...  Tentu dah banyak perubahan.  Tapi tak tahulah sempat ke tak nak pergi semua tempat tu.

Kami akan menginap kat sini.  Yang bestnya, f.o.c.

Ke mana?  Rahsia dulu.  Tunggu entry saya esok atau lusa, insyaAllah.

Excited nih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails