04 March, 2010

Bagan Lalang

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke sini tahun 2000 atau 2001 kalau tak silap.  Datang dengan kawan-kawan.  Masa tu ada urusan kat salah satu kampung kat Sepang.  Kawan yang kami tumpang rumahnya tu bawa kami ke sini. 

Saya pun tak berapa ingat bezanya dulu dan sekarang.  Tapi yang pasti ada pembangunan atas air, Sepang Gold Cost kat situ.  Kami (Ayah+Ibu, Kakak+family, 2 orang adik bujang saya dan saya 4 beranak) bertolak dari rumah pukul 4.30 petang dan sampai lebih kurang sejam kemudian.  Kami datang tu hari Isnin cuti CNY, memang happening dengan gerai-gerai sepanjang pantai dan orang ramai yang berkelah tepi laut.  Yang mandi pun ramai walaupun air tak berapa bersih gitu, jangan tak percaya.  Kemudahan tandas dan surau ok. Cuma bila hari cuti macam tu, sesaklah jadinya.

Bersusun kereta nak cari parking

Sampai jer terus cari port, bentang tikar dan pasang khemah sambil Muqry dan sepupu-sepupu main pasir.  Maklumlah, jumpa pasir setahun sekali excited lebih la sikit.  Tapi Nuryn tak pulak.  Siap menangis sebab geli dengan pasir yang melekat kat kaki.

Owhh... kami beli layang-layang juga.  Pertama kali seumur hidup saya main layang-layang.  Teringat buku The Kite Runner.

Tinggi kan?  Tapi er... bukan saya yang naikkan, saya pegang kejap je tali tu.  Kalau amek pakai DSLR sure lagi cantik gambar ni.

Sebenarnya tujuan utama ialah nak makan seafood.  Lepas solat Maghrib, baru cari tempat makan.  Silaplah tak buat reservation sebelum tu.  Mana-mana pun penuh.  Akhirnya dapat jugak tempat untuk 12 orang kat Restoren Bayu Malam (boleh lak saya lupa nak amek gambar signboard restoran).  Service agak kureng.  Mungkin sebab ramai orang dan tukang masak tak cukup tangan(?). 

 
Gambar 1 : Air yang dekat nak habis sementara menunggu makanan sampai
Gambar 2 : Pepahat masak masam manis + telur
Gambar 3 : Udang masak masam manis
Gambar 4 : Sotong goreng tepung yang marvelous.  Nyumeh

Selain pada 3 lauk tu, ada 2 lagi... jenahak bakar + sambal dengan kerapu 3 rasa.  Tak kuasa nak tunggu lagi, perut dah buat lagu rap Awas.  Yang paling best ialah sotong goreng tepung.  Sotongnya fresh dan lembut.  Bancuhan tepung dia pun sedap.  Dan yang paling tak best ialah pepahat.  Macam tak fresh jer.  Liat semacam.  Atau memang rasa pepahat camtu tak tau la pulak.  First time makan.

Next time kalau pergi lagi Hubby kata amek seafood goreng atau bakar je.  Tak payah masak sweet sour ke ape.  Lagi terasa kesegarannya.

2 comments:

Zety Zin said...

apa lagi, rembat la dslr :)

makan kat bagan lalang memang best. dulu-dulu rajin gak SIL bawak kitorang ke sana. tapi lupa la pulak apa nama kedainya.

~saya tak minat pepahat~

me_czar said...

Zety :
Kalau ada ongkosnya, mau gak rembat sebiji DSLR. Tapi ada perkara lain yang perlu didahulukan. Huhu

Saya pun tak nak order lagi pepahat lepas ni. Cukuplah rasa sekali tu je

Related Posts with Thumbnails