04 March, 2010

Bila nak sebat saya?

Apa lagi yang nak ditangguh-tangguhkan atau dirayu-rayu lagi.  Kenapa pelaksanaan hukuman syariah yang dah ditetapkan sekian lama jadi sebegini payah?

Perlu diingat sebatan syariah bukan macam sebatan kesalahan sivil.  Sampai pecah-pecah kulit punggung.

Rasullullah dulu cuma menyebat orang yang bersalah minum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.  Sebat pun bukan jenis angkat tangan hayun tinggi-tinggi.

Ada garis panduan nak menyebat (rujukan : zaharuddin.net):
  • Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
  • Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  • Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  • Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  • Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Saya bukan siapa-siapa.  Sekadar pandangan rakyat biasa seperti saya.

Artikel berkaitan dari saifulislam.com
Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan
Isu Kartika: Lebih Irish Dari Irish

No comments:

Related Posts with Thumbnails