23 March, 2010

Dewi Rumah-tangga

Dalam masa 5 hari dari sekarang, saya akan menjadi 7 to 8-FTWM-with-2-kids yang maid-less. Oh tidak! Sudah terbayang betapa haru birunya hidup saya seperti cerita ini dan juga ini. Tapi saya ambil pendekatan tenang-tenang aja sekarang (apsal ada bunyi in.don nih :p) . Tak mahu susah hati fikirkan macam mana nak jalani hidup tanpa orang yang bantu sapu dan mop rumah hari-hari, sort kain-kain sebelum basuh, jemur, lipat dan iron kain baju dan yang tak kurang pentingnya, tukang basuh segala mala peralatan dapur yang saya guna bila masak atau baking.

Sekarang… kalau sampai rumah awal sikit sebelum maghrib, saya terus ke dapur masak pung-pang-pung-pang. Lepas tu tinggal je pada bibik untuk tunggu lauk siap masak dan hidangkan sementara saya naik atas mandi, solat dan sebagainya. Lepas ni macam mana ya? Dulu-dulu memang harapkan tukang masak kat kedai aje. Huhu..

Terpengaruh jugak nak buat macam minah saleh kat obersi sana, masak in advance dan bekukan. Tapi lauk-lauk melayu ni sesuai ke nak buat gitu? Katalah, saya marathon masak hari Sabtu untuk 7 hari punya lauk. Lepas tu tiap hari sebelum sampai umah mintak je Hubby tolong thaw sebab dia akan sampai rumah dulu sebelum saya. Hehe.. macam tak lalu pulak nak buat gitu.

Bab masak ni ok sikit sebenarnya sebab saya memang jenis yang sediakan bawang dan cili kisar awal-awal. Tapi part nak membasuh dan mengemas tu ala-ala time consuming la.

Harapnya kali ni ok sikit, sebab dulu tu selain masak (kalau balik awal) tiap-tiap hari balik kerja nak basuh cd Nuryn dengan botol-botol ebm.  Lepas ni cuma masak+kemas dapur+kemas nursery bag.  Bab jemur dan angkat kain kena mintak tolong Mr. Hubby la kot kalau sudi.  Sapu dan lap rumah seminggu sekali hujung minggu boleh tak? ;p

Yeah, I can do it!

3 comments:

m-i-o said...

ha? apa dah jadi dengan bibik?

hmmm. aku minggu ni off 4 hari sebab lakiku shift petang. jadi aku makan sempoi aje, klo bukan roti, biskut. klo bukan biskut, roti. hahahaha! sgt heaven la, boleh golek2 dgn ziyad sambil berhomeschool la konon.

klo ayile sampai dulu kat umah, aku rasa itu tak mustahil utk dilakukan. aku pernah masa lakiku shift pagi, tapi sampai rumah pukul 9.30mlm - aku tetap sempat masak menu seimbang from scratch dan makan kat rumah. of course masa tu, maki dalam hati setinggi gunung. kahkahkah!

penatnya jadi bini. kan?

good luck walaupun luck saja belum tentu cukup utk menghadapi hari2 yg mencabar itu. hahahaha!

me_czar said...

Bibik akan ku hantar pulang. Dah cukup tempoh ma.. Tak nak sambung lagi kontrak dia. Dia pun nak balik dah. Tak biasa kerja rumah. Kat kampung dia berkebun jer.

Boleh memang boleh. Nak 1000 daya kata orang. Tapi harus kena ada orang tolong picit bahu tiap malam la. Hahahah. Bayangkanlah dengan kerja kat opis, menghadap jem lak dekat sejam, sampai rumah adalah sangat heaven kalau boleh terus berehat.

Kita tengok nanti camne. Tungguuuu..

nonnie78 said...

salam.

membesarkan anak2 dgn tangan dan air tangan sdr adalah impian setiap ibu (jika ibu itu tidak bekerja).. but for me kalau kita bekerja pun, balik umah buat everything for family lebih lagiklah maknanya.. cam skang ni.. even tak masak tiap malam, aku akan pastikan dalam seminggu tu mesti at least 4 kali aku prepare dinner n hubby akan suap anak. kalau hubby masak, aku akan suap anak. terhibur hati anak makan lebih dari biasa.
kalau terpaksa makan outside pun, aku akan pastikan ada desert yg aku sediakan bila balik ke rumah. masih lagi kena ngan air tangan kan? soal kain baju, mop rumah tu mmg aku akan buat seminggu sekali atau rajin sikit 2 kali seminggu bergantung pada tahap kerajinan aku. bab ni hubby jarang tolong.. huhuh. tp kain tak berlipat.. huh, penuh 5 bakul besar.. tiap bakul ada nama!!! senang nak carik hak masing2. hahahah...

Related Posts with Thumbnails