03 March, 2010

Eh, singa juga?

Kalau Zety dengan aura singa betinanya, kisah saya pun tak kurang hebat. Selepas 2 hari bergelar SAHM, saya rasa saya memang belum berkelayakan lagi nak sandang jawatan itu sepenuh masa.

Kali ni adalah siri kedua saya bercuti panjang. Sebelum ni 9 hari saya cuti sempena CNY. Tapi masa tu Hubby ada sekali tolong layan anak-anak. Tapi hari Isnin dan semalam, saya je yang cuti. Cuti saje-saje sebab nak habiskan baki cuti tahun lepas. Tu pun masih tak habis-habis lagi.

Tugas saya dirumah hanyalah, masak-layan anak-masak-layan anak-masak-layan anak. Baru ke dapur tak sampai 5 minit, dah ada suara memanggil-manggil kat depan suruh saya tengok tv sekali. Itu yang sorang, yang sorang lagi pulak teringin nak jadi pembantu tukang masak. Sibuk nak duduk kat dapur tengok saya masak.

Bila yang sorang nak main basikal, yang sorang lagi nak main kat dalam. Saya ambil jalan selamat, duduk tengah-tengah, tak jalan juga. Bila ada dua anak dengan kehendak berbeza nih, mak surrender lah.

Yang abang memang tak boleh tengok adik lebih sikit. Bila adik mula rapat-rapat nak kenen susu cap gantung, ada je lah yang abang nak usik. Adik duduk kat riba, si abang pun nak duduk kat riba juga. Masa tu terkeluar juga ngauman manja si ibu singa.

Nasib baik ada bibik untuk tolong buat kerja-kerja lain. Kalau tidak, memang payah nak jalan.  Tak siap semua kerja.

Adakah saya yang tak berjaya mendisiplinkan anak? Atau pun anak-anak yang ambil kesempatan terhadap saya bila saya cuti?

Itu yang saya tanyakan pada Hubby semalam. Tapi saya preferjawapan kedua. Heheh.. sendiri tanya, sendiri yang jawab. Agaknya kalau tiap-tiap hari saya kat rumah, tak de herannya bebudak tu. Tak adalah nak berkepit sepanjang masa. Tapi disebabkan masa amat terhad kalau nak jumpa saya hari kerja, diaorang pulun habis-habisan lah bila saya tak kerja. Boleh diterima tak?

1 comment:

Zety Zin said...

hoo memang susah sebenarnya nak jadi sahm ni. kelayakan kena ada. kriteria utama - SABAR, SABAR dan SABAR. itu la yang saya takde. huhu.

Related Posts with Thumbnails