16 March, 2010

Jumbo Gajah Biru


Lepas tengok trailer movie ni kat tv hari tu, rasanya macam nak bawak Muqry dan Nuryn tengok wayang jer. Saja nak bagi anak-anak rasa pengalaman baru. Selalunya riadah kami sekeluarga cuma pergi taman, main basikal, pergi rumah atuk, pergi Tesco. Lagipun cerita ni sesuai untuk seisi keluarga. Kartun dia pun comel-comel jer. Boleh kot Muqry bertahan 100 minit dalam panggung. Selama ni pun kalau kat rumah, tak beralih mata dia tengok Cars atau Toy Story walaupun dah berpuluh kali ulang. Nuryn je tak tau lagi camana reaksinya.



Cerita ni asalnya dari Thailand tapi dialih suarakan ke Bahasa Melayu oleh Mila dan Akim.

Sinopsis :

Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.

LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.

Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.

Untuk mengetahui apakah keputusan yang akan diambil JUMBO, Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini bersama famili anda. :)  (Sumber)



2 comments:

Zety Zin said...

nampak macam menarik je nih

me_czar said...

Tak de rancangan nak tengok ke Zety? Bolehlah bagi review sket kalau tengok.

Angan saya nak bawak semalam. Tapi tak kesampaian lak

Related Posts with Thumbnails