28 March, 2010

Kembara Buku

Kembara buku saya ke PWTC tempoh hari tidak seghairah perjalanan sama tahun lepas.  Tak banyak buku yang saya senaraikan dalam senarai mesti-beli saya.  Tahun ni macam tak tahu nak beli buku macam mana.

Saya nak cuba ubah selera kali ini.  Saya minta pendapat MIO agak-agak buku apa yang dia sarankan saya untuk baca.  Sebagai pembaca buku bukan fiksyen tegar,  mesti kawan saya ni ada banyak tajuk menarik untuk dikongsi.  Lalu Pn. MIO kita pun cadangkan buku Azizi Ali, Pelita Jutawan.  Katanya, penyampaian Azizi Ali ni sangat santai, ada karisma dalam penulisan dia.  Hmm... akan saya cari nanti.

Gerai pertama yang saya tuju dan kebetulan yang terawal saya nampak, gerai Galeri Ilmu.  Sampai saja saya terus capai Murabbi Cinta.  Tengok-tengok juga buku lain, tapi tak ada chemistry lah.

Pencarian diteruskan.  Saya bernasib baik sebab booth Truewealth tak ramai pengunjung macam booth Galeri Ilmu.  Saya terus capai buku Pelita Jutawan.  Saya belek-belek beberapa muka setiap tajuk.  Namun, pelamin anganku musnah.  Er... nampaknya, buku bukan fiksyen lagi-lagi buku kewangan tak sesuailah jadi makanan jiwa saya.  Tak jadi belilah.  Hehe.

Juga atas saranan Pn MIO, saya terus ke booth PTS.  Kali ni mahu cari Lasykar Pelangi dan juga 3 buku best-seller tulisan Andrea Hirata.  Kalau dikatakan setaraf kumpulan buku Harry Potter, mesti best nih.  Otak berfikir-fikir sama ada nak beli sekali ke Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov?  Akhirnya, saya cuma ambil 2 buku je.  Tak mungkin saya dapat habiskan ke empat-empat buku sebelum Pesta Buku 2011.  Tahun depan beli lagi dua lah.  Sementara nak bayar, belek-belek dulu buku-buku tu.

"Mungkin tak sesuai juga dengan jiwa, Andrea Hirata ni".

Ok. Muktamad. Beli Lasykar Pelangi saja tahun ni.  Kalau sesuai, tahun depan baru beli kesemuanya.

Dalam pada rimas dengan sapaan jurujual Grolier, saya cuci mata lagi ke setiap gerai.  Mungkin ada buku yang boleh buat saya jatuh cinta pandang pertama.  Jenguk-jenguk di booth Ameen Books, rupanya Faisal Tehrani ada buah tangan baru.  Balut tajuknya.  Entah kenapa saya tak teruja pun nak beli.  Mungkin sebab buku Ketupat Cinta yang saya beli di Pesta Buku tahun lepas pun masih tak habis baca lagi.  Ekekeke.

Saya juga ada jumpa buku terbaru seperti kata jurujual karya Habiburrahman El Shirazy.  Lupa lak tajuknya.  Tapi tunggu dululah, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 pun entah bila boleh selesai dibaca.  Nampak sangat, kelajuan saya membaca berkadar songsang dengan kekerapan saya membeli buku. ;p
 
Hanya 2 buah buku untuk saya tahun ni, beberapa buah buku cerita dan VCD edutainment untuk anak-anak.  Harap-harap boleh habiskan kesemua buku sebelum Pesta Buku 2011 pula.

3 comments:

mirah said...

myza, mirah pun tak beli buku utk diri sendiri, bukan sebab pening layan anak2 je tp sebab buku beli thn lepas pun belum hbs baca, tgh habiskan buku tunggu teduh dulu, beli tahun lepas, ada beberapa chapter lg baru nak hbs. Haha apakah.

Kali ni pergi mmg beli buku utk aisyah je. Buku latihan utk dia. Not bad lah. Teringin gak nak pg PTS, galeri ilmu etc tp tak sanggup. Ramai sungguh orang.

Zety Zin said...

memang rimas sangat2 dengan orang grolier. kalau takat promote aje takpelah. ni macam paksa kita singgah ke booth dia pulak.

so masa 2nd time kitorang ke sana, pi berdua je. dressing pun ala-ala student. hahaha.

me_czar said...

Mirah :
Bila fikirkan crowd, memang tak daya rasanya nak pergi hujung minggu. Nasib baik memang saya kena habiskan cuti tahun lepas.

Zety :
Memang.. macam paksa kan. Kan sekali ngan Magic English. Bila diaorang mula tanya macam2 je, saya terus cakap tak pe sebab saya dah ada Magic English. Padahal itu dvd yang tak asli punya. Mana mampu nak beli ori punya.

Related Posts with Thumbnails