03 March, 2010

KL Tower

Cuti panjang CNY hari tu saya bawa anak-anak pergi KL Tower.

Dengar bayaran RM38.00 seorang untuk dewasa, kami pilih Pakej A yang merangkumi:
  • Observation deck
  • Poney ride
  • FI simulator drive
  • Animal zone
  • Eco park
Cuaca pagi tu agak mendung jadinya tak berapa clear pemandangan bandar Kuala Lumpur.  Kat pintu masuk Observation Deck tu ada disediakan alat audio visual (MP5 - kalau tak silap) dengan ear phone.  Ada penerangan tentang KL dalam tu.  Tapi kami tak amek pun.  Nanti Muqry dan Nuryn yang lebih pulak.

Muqry kemain excited lagi dengan teropong yang disediakan tu.  Nak tau apa yang dia suka sangat nak tengok?  Budak-budak mandi swimming pool dengan patung kat Batu Caves.  Hubby la tu punya kerja.  Hehehe..

Nuryn biasa-biasa jer.  Lepas 2 kali pusingan kat observation deck tu kami pun turun.  Oo.. lupa nak cerita, sebelum naik ada sesi ambil gambar berlatar belakang kan KL pada waktu malam.  Terpulang lah nak ambil ke tak gambar tu nanti.  Kalau nak, ada pakej RM50.00.  Dapat gambar size 5R sekeping, gambar size wallet 2 keping, gambar dengan size sama yang dibuat key chain dan juga fridge magnet. 

Tak mau cerita panjang lagi.. enjoy the pics.. ;-)

 
 Anak-anak yang excited
 
Nuryn je yang berani naik poney tu.  Muqry nak jadi penonton aje

Muqry & Nuryn tak boleh masuk kat FI Simulator tu.  Setakat duduk kat tempat menunggu.  Boleh tengok dari jauh jer.  Sian diaorang

Antara haiwan kat Animal Zone

Eco Park tu kami tak masuk.  Ada waktu-waktu tertentu untuk masuk (ada orang yang akan bawa jalan-jalan dalam tu sambil beri penerangan) dan kami dah terlepas sesi tu.  Kalau nak tunggu lagi anak-anak macam dah tak larat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails