07 March, 2010

Ubat jiwa kacau


Menggunakan fabrik belasah-je-apa-yang-ada, saya bernasib baik sebab ada pulak kain yang boleh disuai padan.  Nampak macam senang nak buat, bila dah dihadap barulah tahu langit tu tinggi rendah.  Maklumlah.. saya kan bertaraf amatur lagi.

Percubaan pertama bekerja dengan bias tape adalah sangat horror sehingga membuatkan saya hilang sabar (sebenarnya badan dah minta shut down, mata saja yang masih mahu berjaga) dan jahitan pun asal boleh aje.

Dikemaskan dengan button embellishment di bahagian yoke dengan harapan butang yang comel-comel itu akan mengabui jahitan yang tidak kemas di sana sini.

Bravo untuk diri sendiri. *clap, clap*

2 comments:

Maya said...

eh cantiklah... kemas pun kemas..
clap clap clap...

me_czar said...

Hehehe.. tengok dari jauh okla kot.
kalau tengok dari dekat, Maya pun geleng kepala gaknya.

Anyway, thanks.

Related Posts with Thumbnails